Intervensi aspek spiritual dalam
kaunseling
Tujuan umum intervensi spiritual dalam
kaunseling adalah untuk meningkatkan proses penyesuaian dan pertumbuhan
spiritual klien. Ini adalah kerana klien yang
sihat spiritualnya akan dapat berfungsi secara efektif dalam masyarakat.
Kategori intervensi tersebut telah dibahagikan kepada empat oleh Richard dan
Bergin (2002) yang merangkumi aspek kognitif, afektif, tingkah laku, dan
interpersonal.
a) Intervensi kognitif
Aspek intervensi kognitif adalah untuk
membantu klien menukar kepercayaan dan
pemahaman spiritual mereka. Klien yang cenderung menggunakan pemikiran yang
logik dan rasional di dalam penyelesaian masalah serta banyak menggunakan idea
dan teori adalah mereka yang sesuai untuk melaksanakan intervensi ini. Antara
contoh intervensi ini termasuklah perbincangan konsep spiritual, parafrasa dan pengkajian
maksud spiritual didalam bahan bacaan.
b) Intervensi afektif
Intervensi spiritual dalam aspek
afektif adalah bertujuan untuk menolong klien mengubah aspek spiritual,
perasaan dan emosi mereka. Klien yang
mempunyai emosi yang sensitif dan ekspresif iaitu mereka yang banyak
menggunakan aspek emosi, akan lebih cenderung untuk menggunakan intervensi ini.
Antara contoh intervensi afektif adalah
merangkumi sembahyang, bayangan spiritual “ spiritual imagery” seperti
membayangkan tuhan melihat pergerakan mereka, menulis jurnal spiritual,
meditasi dan sebagainya
c) Intervensi tingkah laku
Intervensi spiritual dalam aspek
tingkah laku dirangka bertujuan untuk menolong klien mengubah amalan dan gaya
hidup spiritual mereka. Klien yang mempunyai matlamat yang kuat dan sentiasa
aktif dalam melakukan sesuatu perkara merupakan mereka yang sesuai untuk
mengaplikasikan aspek ini. Aspek tersebut termasuklah menggalakkan klien
untuk menyertai amalan berunsurkan agama
seperti menghadiri majlis agama, menjadi rakan masjid bagi golongan muslim dan
sebagainya.
d) Intervensi interpersonal
Intervensi yang terakhir iaitu
intervensi spiritual interpersonal dapat membantu klien untuk berfungsi dengan lebih baik dalam masyarakat.
Klien yang mempunyai kemahiran sosial yang baik dan terbuka kepada hubungan
dengan masyarakat akan lebih mudah menerima intervensi ini. Antara contoh aspek
ini termasuk menggalakkan klien untuk menyertai komuniti agama, menyertai
aktiviti kemasyakatan dan seumpamanya.
Aspek-aspek intervensi spiritual ini
merupakan antara alternatif yang boleh dilaksanakan oleh kaunselor dalam usaha
untuk membantu klien. Apa yang penting adalah mengenalpasti serta meneroka
kesediaan dan kecenderungan klien untuk
melibatkan diri didalam intervensi ini.
Richard dan Bergin (2002) juga
memberikan beberapa cadangan dan ingatan kepada kaunselor dalam mengaplikasikan
intervensi spiritual terhadap klien. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:
·
Kaunselor hendaklah memberitahu klien menerusi prosedur
pemberitahuan termaklum berkaitan pendekatan aspek intervensi spiritual.
·
Kaunselor
hendaklah menilai latar belakang agama dan spiritual klien sebelum melaksanakan
sebarang intervensi spiritual.
· Kaunselor
hendaklah dapat meningkatkan kepercayaan dan hubungan dengan klien sebelum
melaksanakan intervensi.
· Kaunselor
hendaklah berhati-hati dalam memastikan kesesuaian perlaksanaan sesuatu
intervensi.
· Kaunselor
hendaklah menerangkan dengan jelas intervensi yang hendak dilaksanakan dan
meminta persetujuan klien sebelum melaksanakannya.
· Kaunselor
hendaklah menghormati aspek agama dan spiritual dengan sebaik-baiknya.
· Kaunselor
hendaklah melaksanakan intervensi tersebut dalam ruang lingkup nilai klien dan
menjauhi daripada menerapkan nilai
mereka ke atas klien walaupun mereka boleh mencabar nilai klien serta menolong
klien untuk menilai samada kepercayaan mereka rasional ataupun tidak.
· Kaunselor tidak
boleh rigid dalam mengaplikasikan
intervensi sebaliknya perlu fleksibel dalam melaksanakannya bersesuaian dengan
keadaan klien.
· Kaunselor yang
percaya kepada tuhan dan dan aspek spiritual hendaklah sentiasa meningkatkan
ilmu dan kemahiran dalam aspek tersebut.