Tuesday, December 8, 2009

sayang ibu

Walaubagaimana sibuk pun kita, jangan sekali-kali bertindak sehingga boleh menyebabkan kita menyesal tak sudah. Ibu adalah segala-galanya, hatinya sekiranya terusik rajuknya berpanjangan.

Monday, October 26, 2009

Thursday, October 1, 2009

Motivasi kerja - 2

Pekerja yang cemerlang akan mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya kemudian akan mendapat kenaikan gaji juga. Mengapa kita tidak memilih untuk jadi pekerja cemerlang sedangkan kita ada potensi ke arah itu? Mengapa kita memilih untuk menjadi pekerja biasa saja sedangkan kita ada kapasiti untuk muncul menjadi pekerja cemerlang? Kita hanya perlu berfikiran positif, rajin, berdedikasi.

Kunci asasnya adalah kawalan emosi.

Emosi yang baik, yang positif dapat mengubah kita menjadi orang berfikiran positif, rajin dan berdedikasi terhadap kerja-kerja dalam bidang tugas. Kena ada minat, matlamat, target dan tujuan dalam berkerjaya. Barulah ada motivasi, barulah ada dorongan kuat untuk kita cemerlang di tempat kerja.

Kita kena faham emosi dalam diri kita terbahagi kepada dua - emosi positif dan emosi negatif. Dalam suasana kerja, kita akan lebih banyak berjumpa dengan emosi negatif sebab kita dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, mindset negatif dan sikap negatif.

Anda sudah pasti tahu apa dia emosi-emosi positif - kegembiraan, keseronokan, keghairahan tinggi pada kerja, rasa tercabar, kesukaan yang mendalam. Kita memang dah lama tahu.

Kita lupa untuk mengekalkannya dalam diri kita sebab fikiran kita sibuk memikir masalah, musibah dan berbagai keinginan yang belum tercapai. Fikiran kita juga banyak memikir orang-orang yang menyakitkan hati kita. Maka, kesan dari itu, emosi-emosi positif luntur habis. Susah untuk dibina semula, memakan masa dan asyik gagal.

Mulai hari ini, usaha sehabis daya untuk mengekalkan emosi-emosi positif dalam diri Anda sebelum turun ke tempat kerja, ketika berada di tempat kerja, dalam waktu bekerja serta di luar waktu bekerja.

Latih diri Anda mengekalkan emosi-emosi positif.

Be strong!

ihsan dari imotivasi

Motivasi kerja

Motivasi kerja - Mengapa Kawalan Emosi Penting Untuk Cemerlang Dalam Bekerja [ Bahagian 1 ]


Kerja kita adalah hidup kita. Apabila kita tidak bersemangat bekerja, maka kita tidak akan bersemangat menjalani hidup kita. Kita akan kehilangan momentum, kebahagiaan memudar, kegembiraan jatuh ke tahap mendatar.

Kita selalu tak ada mood buat kerja. Kita selalu ponteng ke tempat kerja. Tiap kali hari kerja, turun bekerja satu perbuataan yang amat menyesakkan buat kita sebab kita terpaksa bangun awal pagi, terpaksa kelam kabut gi tempat kerja.

Suasana tempat kerja bagaikan penjara buat kita. Kita tak sabar nak menunggu waktu makan tengahari, kita tak sabar menunggu waktu habis bekerja supaya kita dapat berehat di rumah. Kita tak ada keseronokan bekerja, kita tak suka kerja kita tu, cuma nak gajinya saja untuk menyara hidup kita.

Jika kita tak suka kerja kita, maka kesannya akan nampak pada emosi kita.

Emosi datang dari minda separa sedar.

Jika emosi kita banyak mengarah kepada emosi-emosi buruk, maka minda separa sedar akan menemukan kita dengan situasi buruk, orang-orang berperangai buruk, perkara-perkara buruk. Hal ini akan berterusan selagi emosi kita banyak mengarah kepada emosi buruk. Minda separa sedar menarik apa yang serupa dengan emosi kita dan apa yang ada difikiran kita.

Anda kena sedar pentingnya mengawal emosi dalam bekerja. Emosi adalah mood Anda, perasaan Anda, ‘feel’ Anda. Untuk bersemangat bekerja, pastikan emosi Anda berada pada tahap baik, iaitu pada tahap positif.

Kita kena kenal pasti kepentingan kerja dalam hidup kita. Kerja amat penting sebab dari situ rezeki kita datang. Jadi, kita kena jaga emosi kita supaya kita cemerlang dalam bekerja lantas memberi kesan kepada tahap pendapatan kita.

ihsan dari imotivasi

Monday, September 28, 2009

KAUNSELING DAN PENGHARGAAN KENDIRI

BATIN atau hati nurani manusia adalah hakim yang paling adil. Ia bertindak sebagai pengawal yang kritis. Batin inilah yang menimbulkan rasa tanggungjawab pada peribadi seseorang."

Lapan perkataan yang dapat menentukan nasib anda;

" Hidup kita ini dibentuk oleh fikiran kita sendiri." (Dale Carnegie; 1995)

Penghargaan kendiri atau "self-esteem" mempunyai pengaruh yang mendalam dalam perkembangan hidup setiap insan. Perkembangan kendiri ini juga berhubung kait dengan kepercayaan, kebolehan dan kepercayaan diri individu dalam mengharungi kehidupan. Ianya merupakan imej diri, penerimaan diri atau perasaan kita terhadap diri sendiri. Perkembangan kendiri bermula sejak kelahiran kita.

Pakar-pakar psikologi umumnya menyatakan pengalaman awal ketika zaman kanak-kanak dan masa remaja mempunyai kesan besar terhadap perkembangan kendiri seterusnya. Keluarga sebagai agen pertama dalam pembentukkan sosialisasi kanak-kanak. Apa yang kita cerminkan kembali kepada anak-anak kita akan menjadi asas pembentukkan imej kendiri mereka dan seterusnya mempengaruhi segala aspek kehidupan mereka.

APAKAH PENGHARGAAN KENDIRI (SELF-ESTEEM)

"Self-esteem", secara umumnya boleh didefinasikan sebagai penilaian menyeluruh tentang diri kita sama ada secara positif atau negatif. Ia mempamerkan sejauh mana individu itu mempercayai bahawa dirinya "competen" dan layak untuk hidup.

Dari sudut psikologi self-esteem merujuk kepada diri individu. Ia menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan tentang diri dan bagaimana sesorang itu menilai dirinya dan mengenalpasti sejauhmana kekuatan dan kelemahannya. Melalui penilaian diri ini mereka mahu dihormati oleh orang lain . Peringkat mengenal diri ini pula berbeza antara seseorang, bergantung kepada kematangan. Harus dilihat pula bagaimana personaliti atau perilaku yang terbentuk pada diri individu tersebut.

Berbicara soal penghargaan kendiri kita tidak boleh melupakan hal peribadi, atau disebut juga perilaku, tingkah laku, persona atau personaliti. Antara keduanya saling berkait rapat. Penghargaan kendiri dipupuk melalui pembentukan peribadi. Keperibadian sihat bererti pemilikan harga diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya.

Dari mana datangnya peribadi atau perilaku manusia? Para pengkaji menganggap manusia merupakan kejadian yang menarik untuk dikaji. Tetapi banyak permasalahan manusia tidak dapat diselesaikan. Kebanyakan ahli psikologi berpendapat bahawa manusia dalam kehidupan sehari-hari tidak selalu membawa dirinya sebagaimana adanya.

MENGENAL PENGHARGAAN KENDIRI ANDA

Sejauhmanakah anda mengenal diri sendiri? Bagaimana pula mengukurnya? Di dalam kehidupan harian kebanyakan kita cuba menunjukkan peribadi yang baik. Apakah tujuannya?.

Adakah perlu kita memikirkan penghargaan kendiri kita? Jawapannya pasti ya! Ini kerana ianya mempengaruhi cara kita berfikir, bertingkahlaku dan bagaimana perasaan kita terhadap diri sendiri dan orang lain. Juga mempengaruhi sejauh mana kejayaan kita mencapai matlamat hidup diri sendiri.

Dalam membicarakan tentang penghargaan kendiri terdapat dua kompenan penting iaitu perasaan tentang keterampilan diri dan nilai diri. Keterampilan diri, pada asasnya ialah keyakinan diri dan kepercayaan bahawa anda berupaya menghadapi cabaran-cabaran utama kehidupan. Nilai diri ialah perasaan hormat, bangga dan sayang terhadap diri sendiri. Kedua-dua konsep ini adalah saling berhubungkait kerana ia menjadikan seseorang itu merasa senang dengan pembawakan dirinya. Penghargaan kendiri ialah faktor terpenting yang mempengaruhi kejayaan seseorang dalam segala aspek kehidupan.

Individu yang berjaya dalam hidupnya sama ada dalam pelajaran, kerjaya atau kehidupan keluarga sering dikaitkan dengan tahap penghargaan kendiri mereka yang tinggi. Mereka ini mempunyai matlamat hidup yang jelas, komited kepada apa yang diusaha, produktif, bersedia menghadapi cabaran dan yakin kepada kebolehan serta keupayaan diri adalah sifat-sifat utama pada diri mereka.

Penghargaan kendiri yang positif juga mendorong mereka bersedia menghadapi risiko mencuba perkara yang baru, mudah menerima perubahan dan idea baru. Mereka mempunyai sifat terbuka tentang diri sendiri, sedia menerima teguran dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Sebaliknya individu yang memiliki penghargaan kendiri yang negatif boleh dikenali menerusi sifat dirinya yang kurang keyakinan diri, prestasi kerja yang rendah, berpandangan serong terhadap diri sendiri dan orang lain serta mudah tersinggung dengan teguran. Mereka sukar menerima perubahan dan memberi pelbagai alasan untuk tidak menerima perubahan. Selain daripada itu mereka juga sukar menyesuaikan diri dengan orang lain dan sering mengaitkan kegagalan dengan kelemahan diri.

PENILAIAN, TAHAP PENGHARGAAN KENDIRI ANDA: TINGGI ATAU RENDAH

Ahli psikologi Switzerland, Carl Gustaf Jung, membahagikan perilaku manusia kepada dua iaitu ekstrovert dan introvert. Mereka yang tergolong dalam 'ekstrovert' disifatkan sebagai seseorang yang mementingkan umum daripada diri sendiri. Sifat ini membentuk personaliti seperti bersifat terbuka, gembira, peramah, senang dalam pergaulan, mudah mendapat kawan, mudah mesra dan berkeyakinan. Perilaku ekstrovert cenderung mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Ini kerana mereka mempunyai keyakinan. Gerak mereka sentiasa ghairah dan suka pengalamam baru mewarnai kegiatan seharian. Adakalanya, melalui perbincangan isu-isu tertentu mereka cukup memberansangkan. Dalam setiap hal, pendapat mereka perlu dihormati dan dihargai.

Manakala individu yang digolongkan dalam introvert lebih menumpukan perhatian ke dalam diri. Mereka mementingkan diri, pendiam, egois, suka merenung, mengasing diri, tidak bersifat terbuka dan sukar bergaul. Seseorang menilai penghargaan kendiri berdasarkan personaliti introvert dan ekstrovert. Kebanyakan yang memiliki perilaku introvert lazimnya menilai harga dirinya rendah, sentiasa menganggap dirinya kurang daripada orang lain dan malu dengan kekurangan itu. Sebaliknya tiada usaha dilakukan untuk memperbaiki diri setanding dengan orang lain. Malah apabila menemui kegagalan, mereka terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

Walaupun ada inisiatif melihat kembali diri namun sifat putus asa mengatasi segalanya. Akibat tidak menghargai diri, orang seperti ini gemar bersendirian dan menghabiskan masa mengutuk diri. Meletakkan harga diri terlalu rendah tidak sepatutnya dilakukan. Jika ini berterusan, ia menimbulkan kesan bahaya. Ia akan mengalami masalah jiwa. Akibatnya, orang yang penghargaan kendirinya rendah menganggap hidup tidak lagi berguna dan sanggup melakukan sesuatu di luar kawalannya.

Tidak dinafikan masalah jiwa bukan sahaja disebabkan oleh hilangnya penghargaan kendiri. Banyak faktor-faktor lain yang memerlukan bimbingan kaunseling untuk mencari puncanya. Tetapi penghargaan kendiri adalah penting bagi seseorang kerana ia merupakan pernyataan bagaimana menilai diri. Penilaian diri ialah pokok utama yang kita bincangkan kerana penghargaan kendiri menentukan gembira atau tidak, berjaya atau sebaliknya hidup seseorang. Sekiranya anda ingin melihat tahap penghargaan kendiri anda, sila jawab soal selidik (Penilaian Tahap Penghargaan Kendiri Anda) di bawah yang bertujuan untuk membantu anda mengenali diri dan tahap penghargaan kendiri anda.

"Mereka yang tergolong dalam 'ekstrovert' disifatkan sebagai seseorang yang mementingkan umum daripada diri sendiri. Sifat ini membentuk personaliti seperti bersifat terbuka, gembira, peramah, senang dalam pergaulan, mudah mendapat kawan, mudah mesra dan berkeyakinan. Perilaku 'ekstrovert' cenderung mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Ini kerana mereka mempunyai keyakinan. Gerak mereka sentiasa ghairah dan suka pengalaman baru mewarnai kegiatan seharian."

PENILAIAN TAHAP PENGHARGAAN KENDIRI ANDA

Orang yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi tahu menempatkan dirinya. Biasanya mereka mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka. Mereka kenal diri mereka. Hidup mereka sentiasa bermotivasi tinggi. Ketika menemui kegagalan mereka tidak berputus asa. Sebaliknya sentiasa melipatgandakan usaha dan sentiasa cuba memperbaiki diri untuk lebih berjaya. Seseorang yang bijak menempatkan harga diri di tempat yang sewajarnya sering mencapai kejayaan. Orang yang bijaksana menghargai diri dengan menggunakan kelebihan sebagai 'strong point' untuk mencapai matlamatnya.

Individu yang memiliki penghargaan kendiri yang positif mempunyai sifat terbuka tentang diri sendiri dan mudah bermesra apabila bertemu orang yang belum pernah dikenali. Ia membantu mereka membina hubungan baru dengan pihak lain dengan lebih mudah. Dalam kehidupan ini, mempercayai bahawa kita mempunyai kemampuan melakukan sesuatu merupakan separuh kemenangan kepada perjuangan. Keyakinan ini memberansangkan kita untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Usaha yang dibuat dengan penuh komitmen pastinya meningkatkan prestasi kerja.

Faktor yang terpenting mempengaruhi penghargaan kendiri ialah kepercayaan kendiri atau siapa kita fikirkan diri kita. Gambaran mental diri atau dalaman diri mengambarkan imej diri seseorang itu. Menurut D.C. Briggs (1977), imej diri anda adalah sistem kepercayaan yang anda bina tentang diri sendiri. Kepercayaan kita terhadap diri sendiri sebahagian besarnya telah dicorakkan oleh tanggapan pengalaman yang lalu, kejayaan dan kegagalan bagaimana anda dinilai oleh orang lain. Imej diri juga ialah asas keseluruhan personaliti seseorang.

Kepercayaan yang positif juga membentuk sebahagian besar personaliti dan kemampuan seseorang, ia memberi kuasa dalaman kepada individu untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kepercayaan kendiri juga menentukan had pencapaian anda, apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan. Kita dicorakkan oleh fikiran kita, terjadi sesuatu adalah apa yang kita fikirkan.

Ramai orang gagal mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan kerana imej diri yang negatif, bukan kerana kekurangan kemampuan atau bakat. Orang yang mempunyai imej kendiri yang negatif lazimnya akan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah.

Ramai orang yang sering berkecil hati dan sensitif kepada perkara-perkara kecil dan remeh-temeh. Ini menyebabkan orang yang berhadapan dengannya terpaksa lebih berhati-hati dari segi perbuatan dan perkataan demi menjaga perasaan individu tersebut daripada tersinggung. Kadangkala kita terpaksa berlindung demi menjaga perasaannya.

Orang yang begitu sensitif adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai penghargaan kendiri, rasa penghormatan diri yang amat rendah. Ini terjadi apabila nilaian terhadap dirinya 'self-worth' begitu rendah. Seseorang yang enjoy tugasnya sentiasa memperkembangkan kepercayaan terhadap nilaian diri dan keyakinan diri. Mereka cuba menyukai diri mereka melalui "latihan dan amalan diri". Penghargaan kendiri yang sihat bererti kita menghargai nilaian terhadap diri kita sendiri sebagai insan yang unik dengan segala keistimewaan , bakat dan kebolehan.

Orang yang merasakan dirinya tidak dikehendaki mempunyai perasaan bimbang terhadap kebolehan diri, merasa kekurangan dan mempunyai pandangan yang rendah terhadap dirinya sendiri.

ASAS PENGHARGAAN KENDIRI YANG KUKUH

Grant Brecht (1996) menyatakan penghargaan kendiri yang dimiliki oleh individu umpama asas bagi sesebuah rumah. Ianya merupakan struktur yang paling utama dan sekiranya berlaku kerosakan akan menyebabkan rumah itu tidak selamat. Seseorang yang memiliki penghargaan kendiri yang goncang maka apa jua yang dia lakukan untuk membangun kehidupan kendiri akan terbina dalam asas yang tidak kukuh. Oleh itu kegagalan dalam melakukan sesuatu menyebabkan kita merasakan diri kita tidak berguna .

Anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi jika anda mempunyai ciri-ciri berikut;

Yakin kepada keupayaan diri sendiri

Selalu menghargai apa yang dilakukan. Biar sekecil mana pun kejayaan tersebut, ingatlah pengalaman anda adalah milik anda sendiri

Matlamat hidup yang ditentukan adalah milik sendiri

Yakin boleh mencapai matlamat hidup

Mengkritik tindakan bukan diri sendiri

Mencuba sesuatu yang baru dalam hidup adalah satu rangsangan bagi diri

Membenarkan kesilapan berlaku

Seronok dan bermakna mendampingi orang yang positif

Berjuang untuk hak diri

Memiliki kejayaan masa lalu yang diingati.

Untuk membentuk penghargaan kendiri yang tinggi memerlukan kita berfikir secara positif mengenai diri sendiri. Berfikiran positif seharusnya dijadikan teman akrab kita sepanjang masa yang boleh dicapai dengan melakukan tindakan berikut:-

Berbanggalah dengan kejayaan diri sendiri, biar sekecil manapun kejayaan tersebut. Ingatlah, bahawa pengalaman anda adalah milik anda sendiri.

Ambil sedikit masa pada waktu-waktu tertentu untuk bersendirian dan melakukan kerja-kerja yang anda gemari dan seronok melakukannya bersendirian.

Lakukan sesuatu yang anda yakini betul dan menggembirakan anda.

Berbanggalah dengan diri sendiri, terokai dan hargailah bakat yang ada dalam diri sendiri. Jangan cuba menjadi diri orang lain.

Belajarlah mencintai keunikan diri sendiri. Terima dan pelajari akan kesilapan. Jangan cepat melatah apabila melakukan kesilapan. Terimalah kejayaan dan kegagalan diri anda.

Kenalpasti dan terima segala kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Ingat! semua orang ada kekuatan dan kelemahan diri.

Amalkan sikap 'anda boleh!'. Sentiasa beri dorongan dan peransang kepada diri sendiri dalam apa kerja yang dilakukan.

Berfikiran positif seperti yang digariskan di atas pastinya boleh membantu anda memperbaiki perkembangan kendiri anda dan membuat anda berasa gembira tentang diri sendiri dan juga orang lain walau apa jua yang berlaku. Justeru itu...., berfikir tentang diri anda!.



BERBANGGALAH DENGAN DIRI ANDA

1. Bantu Diri Anda - dengan mengembangkan bakat dan kebolehan anda
2. Beri Semangat dan Galakan Kepada Diri Sendiri - bilamasa diperlukan
3. Puji Diri Sendiri - apabila anda rasa anda patut diberi pujian
4. Cintai Diri Sendiri......

KAUNSELING DAN PENGHARGAAN KENDIRI

Setelah membaca penulisan ini anda tentu sedar adalah amat penting anda menghargai dan mengasihi diri sendiri. Renungi diri anda dan tentukan kategori mana anda berada. Sekiranya anda merasakan tahap penghargaan kendiri anda adalah rendah dan perlu dipertingkatkan maka lakukan sesuatu.

Bagi mendapat bantuan atau pertolongan mengenai masalah dengan penghargaan kendiri, anda mempunyai pilihan sama ada melalui khidmat kaunseling iaitu:
i. Kaunseling individu; ATAU
ii. Kaunseling kelompok

Kaunseling ialah satu usahasama antara kaunselor dan klien di dalam menyelidiki dan memahami masalah dan tekanan jiwa yang dialami oleh klien dengan lebih jelas lagi. Penderitaan dan masalah yang dialami di dalam bentuk sikap, perasaan, tingkah laku, pemikiran dan simptom yang mana kesemuanya boleh mengganggu individu berkenaan.

Kaunseling bukannya satu hukuman, kritikan yang negatif atau mencari kesalahan seseorang. Tujuan utamanya ialah untuk menghasil perubahan yang positif di dalam diri individu dengan kritikan dan nasihat yang membina di samping untuk menjadi lebih stabil dan produktif dalam menghadapi kehidupan. Di samping itu kaunseling juga bertujuan untuk meningkatkan perkembangan individu supaya ia dapat mencapai tahap kesihatan mental yang maksima dan menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Kaunseling sebagai usaha penerokaan kendiri untuk membantu klien menyedari sepenuhnya potensi yang ada dalam dirinya. Ini bermakna corak hubungan dan 'rapport' dalam konteks kaunseling amat besar ertinya dan menjadi penentu kepada hasil sesuatu proses kaunseling. Keadaan ini akan lebih ketara lagi dalam kontek kaunseling silang budaya yang melibatkan perbezaan antara kaunselor dan klien dari segi bangsa, agama dan budaya.

Terdapat pelbagai bidang kaunseling. Dalam konteks ini kedua-dua kaedah di atas boleh menjadi berkesan, ianya bergantung kepada pilihan anda. Melalui kaunseling, individu tumpuan hanyalah ke atas diri dan situasi anda. Anda akan mendapat tumpuan kaunselor yang akan memberi perhatian khusus ke atas apa yang berlaku kepada anda, bagaimana anda rasai dan apa yang boleh dilakukan.

Kaunseling kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli/klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Proses tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok adalah membaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut Corey (1990) kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih. Tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah serius di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan.

Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Dengan itu, kaunseling kelompok akan memberi fokus kepada perkongsian maklumat, pengalaman dan perasaan ke arah celik akal, membaiki sikap serta perlakuan. Setiap orang berpeluang menceritakan pengalaman masing-masing. Anda akan menyedari bahawa bukan anda seorang sahaja menghadapi masalah ini.

Matlamat kaunseling berkelompok ini di mana ahli-ahlinya dapat berkongsi bersama untuk belajar mempelajari diri dan orang lain, juga untuk mendapat pengetahuan tentang diri sendiri dan memperkembangkan identiti diri.

Walau bagaimanapun kefahaman kaunselor dan klien terhadap perasaan dan tanggungjawab masing-masing menjadi faktor penting dalam kejayaan sesuatu sesi kaunseling dan perlu dititik beratkan. Kaunselor perlu memahami dunia psikologi klien yang selalunya amat sensitif terhadap persekitarannya. Setiap yang difikirkan, dirasakan, dikatakan dilakukan dan bagaimana disampaikan oleh kaunselor dan klien boleh menjejaskan kualiti keyakinan dan kepercayaan yang terbina. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu sama-sama membina hubungan dua hala kerana mereka mempunyai perbezaan yang besar dari segi orientasi peranan dan tanggungjawab.

Apa yang perlu disedari ialah kita perlu membina penghargaan kendiri dan memperbaiki imej diri supaya kita tidak mudah terancam atau cemas dengan apa jua ancaman atau cabaran.

Oleh itu yang penting, perlu diingat ialah diri anda adalah amat berharga dan berguna untuk dipelihara bagi hidup yang berkualiti. Jika anda perlukan bantuan profesional, dapatkanlah demi kebaikan diri anda.

oleh : Naimah Ahmad,jpa

Thursday, September 17, 2009

KEFUNGSIAN PENGURUSAN: MODEL BARU DALAM MEMOTIVASIKAN PEKERJA

Berbagai teori, teknik dan formula telah diperkenalkan oleh para sarjana di luar dan di dalam negeri semata-mata untuk memahami apakah faktor yang menyebabkan seseorang pekerja itu boleh menggerakkan diri mereka untuk menjadi seorang pekerja yang bermotivasi. Selain daripada itu, tumpuan kini turut diberikan dalam memahami bagaimana pihak pengurusan dapat menggunakan potensi sumber manusia iaitu para pekerja ke arah meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
Perkembangan terbaru kini menunjukkan bahawa selain daripada menyediakan keperluan- keperluan yang diingini oleh pihak pekerja, pihak pengurusan perlu juga memahami satu lagi faktor iaitu tahap kebolehan pekerja dalam menjalankan tugas. Lebih mengutamakan kemahiran, kebolehan, kesanggupan dan keupayaan para pekerja dalam melakukan sesuatu kerja yang diarahkan.
Memahami Tahap Kefungsian Pekerja
Pelbagai pendekatan telah diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti melalui motivasi, prestasi dan komitmen di kalangan pekerja. Salah satu pendekatan terbaru dalam usaha untuk memahami dan meningkatkan motivasi di kalangan pekerja adalah melalui pendekatan kefungsian pengurusan atau The Functional Management Model.
Secara realitinya, setiap pekerja adalah berbeza. Meskipun ada di antara pekerja mempunyai tahap pendidikan, latihan dan lain- lain faktor biologi yang sama namun masih terdapat perbezaan dari segi tahap keupayaan dan kebolehan dalam melakukan kerja. Di samping faktor motivasi, faktor kemahiran (skills) merupakan aspek yang perlu difahami oleh pihak pengurusan.
Pendekatan pengurusan terbaru lebih menekankan kepada menghormati dan menjaga maruah pekerja di samping memahami tahap kefungsian organisasi yang wujud. Sebagai seorang penyelia atau pengurus personel yang cekap, mereka hendaklah lebih peka terhadap fenomena ini dan perlu memahami dengan lebih dekat punca- punca dan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak bermotivasi.
Dalam pendekatan kefungsian pengurusan, faktor motivasi (motivation) dan kemahiran (skills) merupakan di antara faktor yang menentukan tahap kefungsian pekerja. Tahap kefungsian ini perlu difahami sebagai usaha untuk mengetahui apakah bentuk-bentuk penyeliaan yang lebih berkesan dan bagaimana ia boleh berlaku. Langkah ini akan dapat dijadikan asas ke arah membina dan meletakkan tahap pengurusan dan penyeliaan personel yang lebih cekap dan berkesan.
Fenomena Mengenai Tahap Kefungsian Para Pekerja
Dalam memahami tahap kefungsian para pekerja, terdapat 3 fenomena variety yang perlu difahami oleh pihak pengurusan. Ketiga-tiga keadaan tersebut penting dalam menentukan tahap motivasi dan kefungsian para pekerja dalam sesebuah organisasi.
Fenomena pertama yang perlu difahami ialah setiap pekerja mempunyai tahap-tahap tertentu apabila melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan. Pada umumnya, terdapat empat tahap kedudukan motivasi dan tahap kefungsian para pekerja pada setiap masa. Keempat-empat tahap tersebut ialah:-
i) Tahap 1 - Rendah Kebolehan dan Rendah Motivasi
ii) Tahap 2 - Rendah Kebolehan tetapi Tinggi Motivasi
iii) Tahap 3 - Tinggi Kebolehan tetapi Rendah Motivasi
iv) Tahap 4 - Tinggi Kebolehan dan Tinggi Motivasi
Setiap tahap kefungsian tersebut, sebenarnya adalah bergantung kepada keadaan dan bentuk sesuatu tugas dan jawatan yang disandang. Dalam fenomena kedua iaitu seseorang pekerja itu berkemungkinan mempunyai tahap kefungsian bekerja yang berbeza dari masa ke suatu masa yang lain dan ia bergantung kepada sesuatu tugas atau jawatan yang dilaksanakan. Pihak pengurus perlu memahami bahawa seseorang pekerja itu boleh berada di tahap 4 pada suatu masa tertentu tetapi boleh bertukar menjadi tahap 2 atau 3 dalam keadaan atau masa yang lain mengikut situasi dan perubahan persekitaran yang ada.
Berdasarkan fenomena tersebut, pihak pengurusan perlulah memahami dan sedar bahawa tahap kefungsian seseorang pekerja sebenarnya tidak statik tetapi akan berubah dari masa ke masa bergantung kepada diri seseorang pekerja dan juga bentuk tugas dan kerja yang diarahkan. Oleh yang demikian, tahap kefungsian seseorang pekerja boleh berubah-ubah sepertimana yang dijelaskan pada perenggan di atas. Pihak pengurusan hendaklah memastikan setiap pekerja yang telah berada di tahap keempat iaitu tinggi kebolehan dan tinggi motivasi dapat memelihara tahap tersebut supaya tidak bertukar menjadi tahap yang lain yang kemudiannya boleh menjejaskan produktiviti.
Tahap Motivasi dan Kebolehan
Sepertimana yang telah difahami secara umum, motivasi adalah dirujuk kepada kemampuan seseorang itu menggerakkan dirinya, keinginan serta tanggungjawab yang ditunjukkan dalam melakukan sesuatu tugas secara berkualiti dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan. Banyak sarjana lebih menumpukan kepada faktor dalaman seseorang pekerja yang belum dipenuhi daripada menganalisa faktor-faktor luaran yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja itu sendiri. Kajian juga telah menunjukkan bahawa faktor motivasi yang digerakkan oleh faktor dalam diri individu sendiri lebih penting dan mampu bertahan lebih lama bagi mewujudkan suasana pekerja yang lebih bermotivasi.
Selain daripada motivasi, tahap kebolehan atau keupayaan seseorang pekerja juga merupakan faktor penting dalam menentukan motivasi seseorang pekerja. Ini bermakna kemahiran, pengetahuan, teknologi- teknologi baru perlu juga diambilkira dalam memastikan supaya setiap pekerja dapat menunjukkan kerja yang berkualiti dan produktif. Seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam melakukan sesuatu tugas tetapi tidak mempunyai motivasi, tentunya akan menjejaskan hasil atau tugas yang dijalankan. Begitu juga sebaliknya, seseorang pekerja yang mempunyai kebolehan yang tinggi tetapi tidak mempunyai motivasi juga tidak mampu untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif.
Faktor-faktor Yang Menentukan Tahap Kefungsian Pekerja
Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, tahap kefungsian para pekerja adalah sentiasa berubah-ubah. Seseorang pekerja yang telah berada di tahap 4 (tinggi kebolehan dan tinggi motivasi) boleh bertukar menjadi tahap 3 (tinggi kebolehan tetapi rendah motivasi) atau tahap 2 (rendah kebolehan tetapi tinggi motivasi). Begitu juga mereka yang berada di tahap 2 dan 3 mempunyai kemungkinan untuk berada pada tahap yang pertama (rendah kebolehan dan rendah motivasi) sekiranya tahap kefungsian para pekerja tadi tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Punca Berlakunya Tahap 1 - Rendah Kebolehan dan Rendah Motivasi
Pekerja yang berada di tahap ini adalah sebenarnya pekerja yang paling rendah sumbangannya dari segi produktiviti. Pekerja ini tidak mempunyai kebolehan dan tidak berminat untuk melakukan tugas yang diarahkan sebenarnya adalah merupakan masalah besar kepada organisasi tersebut. Keadaan menjadi bertambah rumit sekiranya pekerja itu langsung tidak berminat dan berusaha untuk menambah pengetahuan atau meningkatkan kemahiran.
Pihak pengurus perlu memahami bahawa keadaan ini adalah berpunca daripada kesediaan pekerja itu untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang perlu dalam melaksanakan tugas. Dengan erti kata yang lain, pekerja tersebut kini tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan seseorang pekerja itu melakukan tugasnya.
Selain daripada itu, keadaan ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami pertukaran tempat kerja ataupun ia diminta untuk melakukan sesuatu tugas yang baru. Keadaan ini boleh juga berlaku kepada seseorang pekerja yang sememangnya tidak bermotivasi ditukarkan atau diberikan sesuatu pekerjaan yang merupakan sesuatu yang baru dan tidak diminatinya.
Punca Berlakunya Tahap 2 - Rendah Kebolehan Tetapi Tinggi Motivasi
Pihak pengurusan perlu memahami bahawa berlaku juga keadaan di mana seseorang pekerja itu mempunyai motivasi yang tinggi tetapi tahap kebolehannya adalah rendah. Sungguhpun demikian, terdapat kecenderungan dalam dirinya untuk mempelajari perkara baru atau berusaha bagi meningkatkan kemahiran. Keadaan ini boleh berlaku kepada seseorang pekerja yang baru dilantik atau pekerja tersebut ditukarkan kepada satu tugas atau jawatan baru yang memang diminatinya. Biasanya, seseorang pekerja yang diberikan satu tugas yang baru dan beliau boleh melakukannya dapat menunjukkan minat yang tinggi untuk melakukan tugas tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya pekerja tersebut tidak diberikan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, berkemungkinan pekerja tersebut akan menghadapi masalah.
Pihak pengurusan juga perlu sedar bahawa seseorang pekerja yang berada di tahap pertama seperti yang dijelaskan sebelum ini, sekiranya telah menampakkan perubahan kepada dirinya untuk melakukan kerja dengan penuh kesungguhan, boleh berada di tahap ini. Begitu juga kepada pekerja yang berada di tahap keempat, berkemungkinan akan berada di tahap kedua sekiranya pengetahuan dan kemahiran yang ada padanya sudah tidak lagi mencukupi atau berkesan sepenuhnya bagi beliau melakukan tugas- tugasnya.
Punca Berlakunya Tahap 3 - Tinggi Kebolehan Tetapi Tinggi Motivasi
Seseorang pekerja itu boleh menjadi rendah tahap motivasinya sekiranya beliau sudah hilang minat untuk bekerja atau terdapat perkara- perkara yang tidak memuaskan hatinya. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang pekerja itu tidak mempunyai matlamat ataupun telah lama melakukan tugas yang sama meskipun beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mencukupi, perubahan pada faktor motivasi boleh juga menjejaskan prestasi organisasi berkenaan.
Keadaan ini juga boleh berlaku kepada seseorang pekerja yang merasakan dirinya ditukarkan ke satu tempat yang tidak sesuai atau tidak diminatinya. Ini akan menjadikannya sebagai seorang yang tidak bermotivasi meskipun beliau mempunyai pengalaman atau kemahiran yang amat luas. Fenomena ini perlu dikawal kerana pekerja yang sedemikian biasanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi dan ia boleh mempengaruhi pula pekerja-pekerja lain.
Punca Berlakunya Tahap 4 - Tinggi Kebolehan dan Tinggi Motivasi
Bagi memastikan sesebuah organisasi mempunyai produktiviti yang tinggi setiap masa, pihak pengurus perlu memastikan supaya setiap pekerja sentiasa berada di tahap ini. Dalam pendekatan pengurusan, semua pekerja yang berada di tahap 1,2 dan 3 yang dibincangkan sebelum ini perlu digerakkan atau diambil tindakan tertentu supaya sentiasa bergerak menuju ke arah tahap yang keempat iaitu pada tahap tinggi kebolehan dan tinggi motivasi.
Pihak pengurusan seharusnya tidak melupakan pekerja yang berada di tahap ini. Adalah menjadi tanggungjawab mereka bagi memastikan pekerja-pekerja yang berada di tahap ini dijaga dan dikekalkan pada tahap ini. Sebarang tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya pengurangan salah satu faktor yang dibincangkan sebelum ini, maka ia perlu diberikan tindakan dan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan organisasi tersebut sentiasa berada di tahap yang cemerlang.
Kepentingan Memahami Tahap Kefungsian Pekerja
Pihak pengurusan perlulah menentukan tahap kefungsian sebenar para pekerjanya. Sebagai langkah tersebut, berbagai aktiviti yang boleh memberi peluang kepada pekerja untuk memahami dan menilai diri mereka perlu diadakan. Di samping itu, pihak pengurusan juga hendaklah memerhatikan kebolehan, keyakinan dan inisiatif yang ditunjukkan oleh para pekerja dalam memahami tahap kefungsian pekerja tersebut.
Dalam proses untuk memahami kebolehan dan tahap kefungsian sebenar para pekerja adalah menjadi tugas pihak pengurus untuk berbincang dan mendapatkan maklumbalas mengenai kedudukan pekerjanya. Peranan pengurus dalam meningkatkan kemahiran dan menggalakkan para pekerja serta program bagi mewujudkan self-esteem di kalangan pekerja adalah perlu diutamakan.
Pihak pengurus juga perlu mempunyai maklumat mengenai kebolehan para pekerjanya. Kebolehan para pekerja seharusnya ditumpukan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Sebarang perubahan pada tingkah laku positif yang ditunjukkan memerlukan peneguhan dan maklumbalas yang segera. Tindakan ini amat diperlukan bagi pengukuhan tingkah laku yang diharapkan.
Dalam menjalankan tugas ke arah membimbing para pekerja, pihak pengurus hendaklah faham dan mengetahui bagaimana untuk melakukan sesuatu perubahan. Bagi memastikan supaya setiap perubahan para pekerja diberikan perhatian sewajarnya, pihak pengurus hendaklah menyediakan maklumbalas serta memerhatikan perkembangan yang ditunjukkan. Menyediakan rangsangan yang menggalakkan ke arah perubahan tingkah laku yang diharapkan dapat membantu mempercepatkan lagi matlamat tersebut.
Penutup
Pada umumnya, pekerja pada hari ini memerlukan perhatian dan galakan yang membina dari pihak pengurusan. Selain daripada faktor motivasi, pendekatan dan usaha untuk memahami tahap pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri setiap pekerja adalah amat berguna dalam usaha untuk meningkatkan motivasi di kalangan pekerja.
Penilaian tahap kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas bukan sahaja terhad kepada pekerja bawahan tetapi adalah meliputi keseluruhan pekerja dalam organisasi. Justeru itu, perlulah bagi kita untuk menilai kembali tahap pengetahuan dan kemahiran yang ada pada ketika ini berbanding dengan tugas dan jangkaan yang diharapkan.

oleh mohd azhar yahya

Tuhan Adalah Segala-Galanya

Allah adalah Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Segala-galanya tidak akan ada tanpa ciptaan-Nya
Allah Taala mencipta bukan dengan tenaga
Tapi dengan Zat-Nya yang mempunyai sifat Qudrat yang tidak serupa tenaga
Tenaga adalah kepunyaan makhluk-Nya
Qudrat-Nya kita tidak tahu, hakikat ia tidak serupa tenaga
Tenaga ada batasnya
Qudrat Tuhan tiada batasnya
Allah Taala mengadakan dan mentiadakan adalah dengan Zat yang mempunyai sifat Qudrat dan Iradah
Iradah atau sifat Kehendak-Nya bukan kemahuan nafsu-Nya
Iradah atau Kemahuan-Nya suatu yang tidak boleh digambarkan
Kemahuan manusia walaupun tidak dapat dilihat oleh mata
Tapi kita sendiri secara maknawi dan rohani dapat dirasakan oleh jiwa
Iradah Tuhan jangan pula kita gambarkan seperti yang kita rasa
Kerana sifat Tuhan seperti juga Zat-Nya tidak ada penyerupaan
Lantaran Iradah-Nya bukan tenaga seperti manusia
Kerana itulah Dia Tuhan dapat mengadakan dan meniadakan tanpa batasnya
Maha Suci Engkau Tuhan dapat segala yang dapat digambarkan
Di sini jugalah agungnya Engkau
Agung itu hanya boleh diperkatakan
Tapi tidak dapat digambarkan seperti agungnya makhluk
Walaupun begitu ia dapat menggeletarkan hati mukmin yang bertaqwa


17.8.99
oleh Salsabila salim

RANCANGAN RAWATAN DALAM KAUNSELING

Rancangan rawatan dalam kaunseling bukanlah perkara baru. Malahan setiap aktiviti kaunseling yang melibatkan proses rawatan kepada klien semestinyalah mempunyai perancangan rawatan yang tersendiri. Malangnya ramai kaunselor secara tidak sedar dan terancang mewujudkan rancangan rawatan ini. Kebanyakannya membiarkan proses rawatan itu sendiri yang membimbing rancangan rawatan itu.
Ini bermakna program rawatan adalah berbentuk reaktif mengikut perkembangan masalah klien. Keadaan yang begini boleh menyebabkan aktiviti kaunseling kehilangan fokus dan arahan. Seharusnya aktiviti kaunseling mestilah terancang dan terfokus iaitu aktiviti kaunseling mestilah berbentuk proaktif. Tegasnya mestilah wujud sesuatu rancangan rawatan yang khusus bagi menentukan arah tujuan proses kaunseling itu.
Kebelakangan ini terwujud beberapa faktor penggerak yang mendesak kaunselor- kaunselor profesional untuk melihat rancangan rawatan ini dengan lebih serius lagi. Pertama sekali berkaitan dengan kredibiliti perkhidmatan kaunseling itu sendiri. Sebagaimana yang diketahui oleh umum khidmat kaunseling menjadi makin popular pada masa kini dan kaunseling dianggap sebagai penyelamat kepada pelbagai masalah sosial. Tetapi keberkesanan kaunseling itu sendiri jarang sekali diperkatakan.
Selanjutnya kesan negatif aktiviti kaunseling pula kerap diperkatakan. Satu proses pemulihan mestilah dilakukan untuk menjamin kredibiliti kaunseling ini tidak terhakis. Rancangan rawatan adalah jawapan kepada sungutan ini. Rancangan rawatan yang tepat dan terperinci mampu mengembalikan kredibiliti perkhidmatan kaunseling.
Jadi untuk menjamin kredibiliti perkhidmatan kaunseling, setiap kaunselor yang memberi khidmat kaunseling PERLU membangun dan memperkukuhkan kemahiran-kemahiran dokumentasi yang diperlukan oleh perancangan rawatan itu.
Setiap kaunselor PERLU mendokumentasikan secara terperinci rancangan rawatannya bagi setiap kes yang dikendalikan olehnya. Bukan sahaja rancangan rawatan ini perlu didokumentasikan, ia juga perlu menjadi transparent kepada kaunselor dan klien. Kedua-duanya tahu secara termaklum apa-apa yang dirancangkan dalam aktiviti kaunseling yang mereka lakukan bersama itu.
Secara tradisinya, dalam kaunseling, rancangan rawatan amat minima dilakukan. Malahan bentuk rancangan ini jika ada adalah sama sahaja bagi semua klien. Tidak ada pengkhususan rancangan rawatan yang dicipta khas untuk seseorang klien itu. Jadi rancangan rawatannya begitu menyeluruh sehingga tidak kelihatan sebagai sesuatu yang unik untuk seseorang klien itu.
Walaupun secara etikanya rancangan rawatan mestilah unik dan terkhusus, ini tidak dilakukan dengan baiknya. Jadi untuk menjamin perkhidmatan kaunseling dilaksanakan secara etika rancangan rawatan ini perlulah diadakan. Dengan adanya rancangan rawatan yang khusus, perkhidmatan kaunseling dapat memenuhi keindividuan dan keunikan klien seperti yang dilaungkan oleh penaja-penaja perkhidmatan kaunseling.
Berhubung dengan rancangan rawatan tradisi yang minima ini, klien yang mendapat khidmat kaunseling dari kaunselor yang berkaitan, sering ragu-ragu mengenai matlamat mereka datang mendapatkan khidmat kaunseling itu. Kebanyakan klien merasa tidak pasti apakah yang mereka akan capai dalam rawatan kesihatan mental yang mereka sedang jalani ini. Mereka juga tidak tahu apakah penghujungnya dari sistem rawatan bercakap ini?
Rancangan rawatan yang minima sering mempunyai matlamat yang samar di samping tidak wujudnya objektif rawatan manakala intervensi pula diaplikasikan mengikut kehendak dan kemahiran kaunselor sahaja. Yang lebih teruk lagi satu sistem intervensi digunakan sama bagi semua klien.
Ini bermakna keutamaan diberikan kepada sistem intervensi dan tidak kepada keperluan klien. Jadi timbullah masalah kesesuaian intervensi dengan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh klien. Lebih mudarat pula apabila kaunselor memaksa penggunaan sistem rawatan yang telah ternyata tidak berkesan terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Relevansi sistem rawatan adalah dipersoalkan.
Selain daripada masalah di atas, rancangan rawatan yang minima juga tidak dapat mengemukakan data hasilan yang boleh diukur. Jadi kedua-duanya tidak tahu secara objektif apakah perubahan-perubahan yang telah terjadi. Bukan itu sahaja, malahan kaunselor itu sendiri tidak dapat menyatakan secara yakin dan konkrit bahawa perubahan telah betul-betul berlaku. Akibatnya kaunselor dan klien tidak tahu sebenarnya bila rawatan boleh diutamakan ataupun sudah tamat.
KEPERLUAN SISTEM PERKHIDMATAN
Sistem perkhidmatan kaunseling masa kini mahukan kaunselor bergerak pantas dari penilaian masalah kepada pembentukan dan perlaksanaan rancangan. Bukan agensi yang memberikan khidmat kaunseling sahaja yang menggunakan prinsip amalan ini, tetapi juga agensi yang merujuk klien. Agensi-agensi ini tidak mahu pekerja-pekerja mereka menghabiskan masa dengan kaunselor tanpa sebarang perancangan yang nyata dan khusus.
Agensi-agensi ini juga mahukan bukti yang bertulis bahawa pekerja-pekerja mereka betul-betul dapat khidmat kaunseling. Rancangan rawatan mampu memenuhi keperluan agensi-agensi yang merujuk ini kerana dalam rancangan rawatan tertulis semua perkara-perkara yang diperlukan oleh agensi yang merujuk.
Di samping memerlukan rancangan rawatan yang bertulis, agensi-agensi yang merujuk pekerja-pekerja ataupun ketua- ketua jabatan klien, mahukan proses rawatan yang pendek. Maksudnya proses rawatan perlu dipercepatkan dengan mendesak klien dan kaunselor bersama- sama memberi fokus kepada mengenal dan mengubah masalah-masalah tingkah laku dengan secepat mungkin. Mereka tidak mempunyai masa untuk membiarkan pekerja/klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling berpanjangan. Mereka mahukan pekerja-pekerja mereka cepat sembuh dan memberikan 100% kepada kerja mereka.
Satu perkara lagi, agensi yang merujuk klien kepada kaunselor, mahukan kaunselor menghasilkan rancangan rawatan yang berkesan, berkualiti tinggi dalam jangkamasa yang pendek. Ini bermakna rancangan rawatan mestilah terkhusus kepada masalah dan intervensi, diindividukan untuk memenuhi keperluan dan matlamat klien dan boleh diukur dalam menentukan milestone yang boleh dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pencapaian milestone ini boleh digunakan pula dalam mencartakan perkembangan atau kejayaan klien dalam menjalani atau menerima perkhidmatan kaunseling.
KEGUNAAN RANCANGAN RAWATAN
Rancangan rawatan yang berkesan memberi keuntungan kepada ramai individu yang terlibat secara langsung dengan proses kaunseling iaitu klien, kaunselor, pasukan rawatan, komiti insurans, agensi rawatan, agensi yang menggunakan khidmat kaunseling dan profesion kaunseling itu sendiri.
Bagi klien rancangan rawatan bertulis yang merangkumi a) isu-isu yang menjadi fokus rawatan, b) garis panduan yang menstruktur proses perkhidmatan kaunseling memberi jaminan bahawa khidmat kaunseling betul-betul terapeutik dan kaunselor tidak terbabas dalam mencapai matlamat kaunseling. Pada masa yang sama klien dapat mengesan dan menyelia perkembangan dirinya semasa menjalani proses kaunseling ini.
Satu aspek penting rancangan rawatan ini ialah bentuknya yang dinamik, iaitu rancangan rawatan boleh berubah mengikut perubahan yang terdapat dalam diri klien. Apabila kedudukan, bentuk dan prioriti masalah berubah, rancangan rawatan turut berubah juga.
Di samping itu rancangan rawatan boleh sentiasa diupdatekan untuk mencerminkan sebarang perubahan besar mengenai masalah, definasinya, matlamat rawatan dan jenis intervensi yang digunakan.
Seterusnya klien dan kaunselor pula mendapat keuntungan kerana rancangan rawatan ini memaksa kedua-duanya memikirkan hasilan yang konkrit dari kaunseling. Mereka juga terpaksa mengemukakan objektif yang boleh diukur untuk menjelaskan tumpuan usaha rawatan. Melalui kaedah ini klien tidak perlu lagi meneka dan tertanya-tanya apakah yang ingin dicapai oleh kaunseling.
Bagi kaunselor dan klien, matlamat yang jelas pula, membolehkan klien menyalurkan tenaganya kepada sesuatu perubahan yang khusus yang akan membawa kepada penyelesaian masalah bukan sahaja masalah terkini, tetapi juga masalah jangka panjang. Jadi melalui rancangan rawatan ini, proses rawatan dalam kaunseling, bukan lagi satu kontrak yang samar-samar di mana klien hanya perlu bercakap secara jujur dan terbuka sahaja mengenai emosi dan permasalahan mereka sehingga mereka berasa lega sedikit.
Tetapi sebaliknya pula berlaku iaitu klien dan kaunselor sama-sama boleh dari awal-awal lagi menentukan bidang perhatian yang objektif dan khusus yang telah dikenalpasti melalui intervensi yang khusus juga. Tegasnya kontrak rawatan menjadi satu kontrak yang jelas, bermatlamat perubahan dan telus.
Untuk kaunselor sendiri pula, melalui rancangan rawatan ini, boleh memaksa diri mereka sendiri untuk berfikir secara anaktikal dan kritikal mengenai intervensi terapeutik yang paling sesuai dan secocok dengan objektif kecapaian klien.
Kaunselor juga tidak lagi follow the client dalam menentukan matlamat rawatan, tetapi menentukannya secara proaktif di peringkat awal lagi. Jadi kaunselor mestilah memberi perhatian lebih awal mengenai teknik, pendekatan, tugas dan sasaran katarsis yang akan menjadi rangka asas bagi intervensi kaunseling.
Melalui dokumentasi yang jelas dari rancangan rawatan yang terperinci kaunselor dapat perlindungan dari disaman oleh klien. Dokumentasi ini mampu menjadi benteng atau perisai dalam hal samaran ini, terutama sekali jika apa-apa yang didokumentasi itu telah dikaji dan dipersetujui oleh klien. Lagipun nota progres rawatan dapat dijadikan bukti tambahan untuk melindungi diri kaunselor yang berkaitan. Bagi pasukan rawatan pula, rancangan rawatan ini membolehkan cross- referal yang berkesan dapat dilakukan. Di samping itu, pembahagian tugas dan komunikasi yang jelas dapat dilaksanakan. Akhir sekali keseragaman dokumentasi dan akauntabiliti dapat diketengahkan.
Perancangan rawatan bertulis formal dan standard yang merangkumi definasi masalah, matlamat dan intervensi dalam setiap fail klien membolehkan keseragaman ini terjadi, lantas menyenangkan penyeliaan dan pengesanan rekod oleh audit sama ada audit dalaman dan luaran.
Akauntabiliti pula mengutamakan aspek kontrak yang terapeutik lagi berstruktur yang mempunyai objektif yang boleh diukur dan intervensi yang jelas. Dengan terwujudnya rancangan rawatan yang terperinci, data hasilan lebih senang diperolehi dan dipertahankan dan semua ini secara langsung membantu peningkatan kredibiliti khidmat kaunseling yang dipasarkan itu.
RUMUSAN
Dari penjelasan di atas, nyatalah bahawa rancangan rawatan yang berkesan adalah satu kewajiban yang perlu dilaksanakan. Tanpa rancangan rawatan yang berkesan, khidmat kaunseling yang diberikan tidak akan memenuhi keperluan dan mencapai hasrat yang klien mahukan. Akhirnya perkhidmatan serta profesion kaunseling akan mengalami kerugian.

oleh Dr Mat Saat Baki

Sunday, August 30, 2009

Bagaimana Membaiki Diri di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran.Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat.Bulan diampunkan dosa.Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan.Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar.Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun. Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang bertaqwa. Ini satu anugerah Tuhan.Ini menunjukkan bulan Ramadan adalah raja segala bulan.


Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ada rahsia dari Tuhan, mengapa Tuhan pilih bulan Ramadan, mengapa begitu besar pahalanya di sisi Tuhan. Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Lebih-lebih lagi dosa-dosa kita semua diampunkan.Kejadian ManusiaKalau kita hendak bercerita mengenai hal ini, ia ada hubungan dengan kejadian manusia itu sendiri. Mungkin kebanyakkan orang tidak mengetahui yang manusia itu kejadiannya terdiri daripada 4 unsur. Iaitu:-1. jasad lahiriah2. akal3. roh4. nafsu.* Peranan jasad hanya bertindak, berbuat, melaksana.* Peranan akal menerima ilmu, menerima maklumat. Samada maklumat itu betul atau tidak, memberi manfaat atau tidak, dia hanya mengumpulkan saja maklumat itu.* Peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Saya ulang lagi, peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Kehendak samada yang baik atau yang buruk, halal atau haram, positif ataupun negatif..* Peranan hati hanya semata-mata merasa. Rasa-rasa itulah yang datang dari akal, dari fizikal, dan yang datang dari tindakan nafsu.

Hati atau Roh ini umpama raja di dalam diri manusia.Jadi kalau nafsu, akal dan fizikal baik, dia akan membangunkan jiwa2 yang baik.Kalau nafsu, akal dan jasad jahat maka roh atau hati yang merupakan raja dalam diri dia akan jahat,Kalau roh baik, maka baiklah hati.Ini kita dapat lihat atau boleh kita misalkan raja sebuah Negara. Kita lihat kadang-kadang raja itu jadi jahat oleh orang dikiri dan kanannya, iaitu pemimpin-pemimpin yang rosak. Tetapi kadang-kadang raja itu menjadi baik, juga akibat orang-orang di kiri kanannya, macam penasihat yang baik, maka jadi baiklah raja itu.Jadi kejadian manusia ini Tuhan yang menjadikannya.Tuhan Maha Mengetahui bagaimana manusia itu boleh menjadi baik dan bagaimana menjadi jahat, sebab itu Tuhan dengan kuasanya, kalau manusia itu jahat bagaimana Tuhan mengubatnya, kalau dia sudah baik bagaimana hendak dijaga supaya dia tidak menjadi jahat semula.

Manusia yang ada 4 unsur tadi di waktu alam roh, sebelum dilahirkan tubuh kasarnya, dia sudah kenal Tuhan, taat dan takutkan Tuhan dan dia sangat baik. Tetapi apabila roh sudah masuk dalam sarangnya [jasad], lalu dilahirkan bersama sarangnya, maka tiga unsur yang lain tadi yang boleh mempengaruhi hatinya, sekiranya baik, maka roh manusia yang jadi raja diri itupun menjadi baik.Pada manusia itu sebenarnya ada unsur malaikat, syaitan, haiwan dan manusia. Kalau begitu, berdasarkan unsur-unsur tersebut,maka manusia boleh menjadi malaikat yang berupa manusia, atau binatang atau syaitan yang berupa manusia.. Bila manusia kekal sebagai manusia maka dia normal.Tidak boleh dikatakan manusia malaikat atau manusia haiwan, tidak boleh juga dikatakan manusia syaitan. Manusia normal ini biasa sahaja.Tuhan lahirkan manusia itu untuk dijadikan manusia malaikat, yang luarannya berupa manusia, rohnya pula bersifat malaikat, baru boleh menjadi orang bertaqwa.

Kuliah ini terasa susah sikit jadi kena berhati-hati yang mendengar lagi susah. Kena ambil perhatian kalau tidak dia mudah mengantuk dan bosan. Tajuk ini penting.Hakikatnya, Tuhan teramat tahu kelemahan manusia yang mana dalam satu tahun ada 12 bulan manusia hidup, bergerak, dengan aktiviti, berjuang, berjihad, bekerja, berfikir. Selalunya majorit akal dan nafsulah yang mempengaruhi hatinya.i Menjadikan roh manusia itu rosak. Jika sudah sedia rosak bertambah rosak. Kalau dia sudah baik, roh yang asal kejadian bersifat malaikat, turun pada martabat manusia, iaitu normal. Jarang yang sudah rosak bertambah baik. Yang baik ertinya sewaktu bersih itu digilap sampai bercahaya. Yang sudah bersedia bercahaya, bertambah lagi pancaran cahayanya. Perkara ini jarang berlaku, ia berlaku pada golongan sedikit.Sebab itu Tuhan ingatkan dalam Quran, “Hanya sedikit hamba-hambaKu yang bersyukur”.Maka disinilah dengan Rahmat dan kasih sayang Tuhan, Tuhan tentukan pada orang Islam, 12 bulan itu diadakan satu bulan untuk baiki diri dalam setahun. Diri yang sudah rosak sepanjang 11 bulan, dirosakkan oleh nafsu terutamanya. Yang kedua dirosakkan oleh cara berfikir kerana menerima maklumat2 yang salah dan dirosakkan oleh fizikal, arahan nafsu dan akal.Maka dengan kasih sayang Tuhan dijadikan sebulan dalam setahun itu supaya manusia itu tidaklah rosak selama-lamanya. Sebulan itu kita diajar bagaimana hendak membaiki diri. Dengan keadilan dan kasih sayang Tuhan daripada 12 bulan itu, sebulan dipilih untuk dipost mortem atau overhaul. Ibarat kereta yang sudah 11 bulan digunakan, lebih-lebih lagi tidak berhati-hati, dilanyak sesuka hati, maka sebulan tu waktu overhaul. Masuk workshop lalu enjin, wire, body, dibetulkan semula.Setelah di overhaul, kereta pulih, enjin baik, body baik, dipandu pun selesa.Mentadbir duniaBegitulah manusia, Tuhan tahu, kebanyakan manusia, dalam masa 11 bulan itu hati mereka mudah rosak Dirosakkan oleh nafsu, akal dan fizikal.


Bagaimana nafsu merosakkan? Tuhan hantar kita ke dunia, disuruhNya kita mengambil dunia, mentadbir dunia, untuk diagih2kan pada orang lain, untuk berkhidmat pada orang lain. Maka tercetuslah kasih sayang, pembelaan, perkhidmatan. Orang yang malang dapat dibela, orang yang miskin dapat dipertanggung jawabkan. Akhirnya lahir kasih sayang antara satu sama lain. Bukannya kita didatangkan ke dunia mengambil dunia dan untuk cintakan dunia! Saya ulang lagi, Tuhan datangkan manusia ke dunia, untuk mengambil dunia, menggunakan dunia untuk berkhidmat, dan menolong orang. Supaya dengan itu lahir kasih sayang. Supaya tidak berlaku jurang antara orang kaya dan miskin, antara yang di atas dan yang di bawah, antara pemimpin dengan rakyat. Tuhan mahu kita ambil dunia untuk berkhidmat, untuk mendapat pahala. Untuk dapat melahirkan kasih sayang, bukan untuk dicintai. Yang wajib dicintai hanya satu yaitu Allah. Jadi konsep berhadapan dengan dunia kenalah dibetulkan. Sebab selama ini kita sudah salah faham. Ada orang ambil dunia bukannya dengan dunia itu dapat melahirkan kasih sayang dengan orang lain, sebab dia sudah jatuh hati dengan dunia.Bila jatuh hati apa yang terjadi? Ini kerja nafsulah. Bila sudah jatuh hati, datanglah rangsangan, datanglah berkehendak. Itulah kerja nafsu. Yang dimaksudkan dunia itu bermacam-macam. Yang besarnya harta, jawatan, kekuasaan, pangkat, darjat, pengikut yang banyak, nama, glamour. Ini dunia.Jadi bila kita biarkan nafsu berperanan tanpa dididik, tanpa diikat dengan sifat takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, akhirnya Tuhan tidak dicintai atau ditakuti, lalu manusia itu akan cinta sungguh dengan dunianya.Bila dunia dicintai apa yang akan terjadi dengan kehidupan terutama dengan perasaan?. Bila tidak dapat hati menjadi susah, bila mahu mendapatkannya, berusaha bertungkus-lumus pagi petang.Kadang-kadang sampai terlupa uruskan diri sendiri, betapalah hal-hal lain, hal syariat, kerana yang dicinta belum dapat, yang dikasihi belum dapat.. Bertungkus-lumus untuk mendapatkannya sampai tidak kira halal dan haram.. Bila sudah didapati, berubah pula jadi negatif. Datang perasan sayang, tamak, bakhil yang membuatkan tidak terfikir lagi bagai mana mahu berkorban dan berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimatullah.Kemudian bila tidak dapat juga datang pula penyakit lain. Hasad dengki dengan orang lain yang mendapatnya..


Mungkin boleh sampai bertindak ke atas orang itu, seperti dia memfitnah, dijatuhkan maruahnya atau sehingga sanggup pula membunuh.Side effect yang lain, sifat-sifat itu bila diketahui oleh orang lain dalam pergaulan, orang lain pun benci, marah, tidak suka, berhasad dengki. Akhirnya unsur-unsur perbalahan akan wujud. Unsur-unsur pergaduhan pun terwujud. Kalau tidak dibendung lama-lama membawa kepada peperangan. Ini semua berpunca daripada cinta dunia.Sebab itu Rasulullah SAW bersabda .” Hubbuddunya ra’su kulli khatiah…”Rasulullah SAW bersabda, cinta dunia ibu segala kesalahan.Rasulullah tidak sebut ibu segala kejahatan. Khatiah itu dalam bahasa Arab, jika diterjemah pada lafaz maknanya kesalahan, bukan kejahatan. Ini ada maksud disebaliknya. Ada orang menterjemahkan - ibu segala kejahatan- sebenarnya tidak begitu. Khatiah itu maknanya kesalahan. Ertinya buat salah dulu, tersalah dulu, tersilap dulu baru datang kejahatan. Dalam berbagai-bagai bentuk.Pembersihan RohRasulullah SAW juga berkata, cintakan Tuhan itu ibu segala kebaikan. Tetapi kalau dunia dicintai maka berlakulah sebaliknya iaitu ibu segala kesalahan.

Bila sudah salah, salah meletakkan cinta dunia tadi, maka akan berbuah segala kejahatan yang berbagai-bagai. Jadi kalau nafsu itu jahat, sudah cintakan dunia maka dia akan memberikan kesan kepada roh. Saya sudah kata roh itu tugasnya hanya berperasaan. Kalau akal, nafsu dan fizikal sudah jahat, yang jahat itulah yang menjadi penasihat pada roh. Apa akan berlaku pada perasaan? Bukannya akan lahir perasaan yang positif. Berkasih sayang, takut, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, mengutamakan orang lain, tidak berlaku begitu. Akan datang sakit hati, sombong, megah, rasa berdendam, rasa tidak mahu maafkan orang, tidak mahu meminta maaf.“Kalau minta maaf jatuh wibawa aku, kalau aku bagi maaf pun jatuh wibawa.”Timbul perasaan-perasaan negatif bukan positif. Sebab itu yang akan dapat nikmat nanti dan yang akan kena azab ialah roh, roh yang kekal. Bukannya nafsu, fizikal dan akal. Jadi Tuhan tahu hal ini, kesan daripada tidak terdidiknya akal, nafsu dan fizikal ini akan mempengaruhi roh. Roh yang kena azab. Maka sebab itu dengan kasih sayang Tuhan, Tuhan bagi orang Islam bulan Ramadhan dengan tujuan membaiki 4 unsur (4 anasir). iaitu dapat betulkan semula rohnya, nafsunya, akal dan fizikalnya.

Setengah orang itu bila boleh membaiki diri di dalam bulan Ramadan dia akan mendapat kekuatan sampai ke Ramadhan yang akan datang. Bila datang Ramadhan akan datang, roh yang sudah bersih itu tinggal digilap sahaja supaya bercahaya. Roh yang tidak hitam tetapi ada habuk-habuk, ringanlah sedikit, bila datang Ramadan akan datang maka kalau dia beribadah, habuk itu terbuang,tidaklah begitu teruk membersihkannya. Roh yang bersih, itu orang soleh. Kalau roh bercahaya itu orang bertaqwa, muqarrabin. Orang soleh dalam golongan Ashabul Yamin, .Mereka akan banyak dihisab tetapi tidak dimasukkan ke dalam neraka, cuma akan susah dihisab. Tetapi kalau roh itu bercahaya, datangnya Ramadhan lagi tambah kilauan cahayanya, darjatnya semakin naik. Bagi yang belum sampai ke peringkat wali, bila datang Ramadhan lalu Rohnya semakin bersih bercahaya lagi, jadilah wali, InsyaAllah – orang begini termasuk golongan Muqarabin yang sedikit itu. Di akhirat dia akan termasuk golongan bighairi hisab, tidak payah dihisab. Yang tadi – Ashabul Yamin, kena hisab. Orang kena hisab ni macam kita pergi ke luar Negara, imigresen dan kastam periksa. Jika tiada masalah terlepaslah tapi mungkin mengambil tempoh 3 jam. Di dunia 3 jam pun sudah susah. Di sana kalau ditahan, bukan 3 jam mungkin 50 tahun, mungkin 100 tahun. Cuma tidak kena azab sahaja.

Jadi Tuhan tahu dimana kekuatan dan kelemahan manusia, maka Tuhan suruh kita baiki di bulan Ramadhan. Sebab itu kalau orang boleh pulihkan semula rohnya yang hitam jadi kelabu, yang kelabu dibersihkan habuknya, yang bersih dicahayakan, kemudian bersih dan bertambah darjat kilauan cahayanya, Tuhan bagi pahala berganda-ganda, diampunkan dosanya.Bila mendapat Lailatul Qadar, Tuhan bagi seolah-olah dia beribadah lebih 83 tahun. Kalau dia dapat 3 kali Ramadan Lailatul Qadar, dan dia berjaya memutihkan dan mencahayakan rohnya ertinya dia hidup beberapa ratus tahun!Lailatul QadrLailatul Qadar ini, umat-umat sebelum Nabi Muhammad SAW tidak mendapatnya. Tetapi dengan keadilan Tuhan, masing2 dapat menjadi baik, sama2 mendapat kemudahan.Orang zaman dahulu panjang umur, kita pendek umur, tapi boleh mendapat pahala yang sama. Sebab itu umat dahulu ada yang berumur 200 thn, 400 thn. Jika 100 thn dahulu masih dianggap pemuda. Mana yang bernasib baik, sampai 500 tahun, Pada zaman kita sekarang, 20 thn itu muda remaja. Tetapi umat dahulu,mereka tidak mendapat Lailatul Qadar, tidak dapat Ramadan. Rasulullah SAW dipendekkan umur umatnya tapi dilebihkan pahala. Itulah kebesaran RasulullahSAW, dengan kerananya kita mendapat rahmat.Jadi sebab itu saya ulang lagi, Tuhan tahu kita ini dipendekkan umur tetapi dikurniakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mana hendak mendapatkan Lailatul Qadar tu bukanlah mudah dan satu kebiasaan.


Ibadah puasa yang dibuat itu mestilah sampai dapat memberi cahaya pada hati, paling tidakpun dapat membersihkan hati, hingga menjadi orang soleh yakni golongan Ashabul Yamin. Kalau hati itu sampai bercahaya-cahaya, itu tersangat hebat!. Jadi mari kita lihat, munasabahkah hendak mendapat pahala berganda-ganda, menasabahkah hendak mendapat pahala lebih 1000 bulan, apakah sebabnya yang sampai begitu mujarab, ini jarang dikaji orang.Tiga Pakej Hadiah RamadanBulan Ramadhan dengan peranannya untuk overhaul manusia ini, mengandungi 3 pakej [package] yang besar yang boleh menjadi ubat untuk membaiki manusia. Yang lain-lain selain 3 pakej itu kalau adapun, sebagai sampingan saja [eg bersedekah]. Tiga pakej yang besar ini kalau kita fahami dan hayati, InsyaAllah kita boleh membaiki diri, memang logik Tuhan akan mengampunkan, memang logik Tuhan menggandakan pahalanya. Memang munasabah Allah hendak kurniakan pahala berganda sampai seolah-olah 83 tahun. Ada 3 pakej yang sangat besar. Kalau ada ilmu ini dan kita hayati betul-betul boleh menjadi ubat yang sangat mujarabPERTAMA :Berpuasa di siang hari. Apa takrif puasa? Takrif puasa pada saya ada dua, dengan erti kata lain, puasa ada 2 definisi. Yang pertama mempertahankan syarat rukun jangan sampai terbatal, ini ada takrifnya yang tersendiri. Apa takrifnya? Wajib dijaga puasa itu jangan sampai terbatal syarat rukunnya. Setakat ini, puasa itu ibarat membangunkan rumah, sudah ada rangkanya tetapi tidak lengkap. Takrifnya: menahan diri di waktu siang daripada makan dan minum serta tidak bersama dengan isteri. Puasa takrif ini setakat tidak membatalkan syarat rukun sahaja. Pahala belum tentu dapat lagi – hanya mendapat lapar dan dahaga, keampunan belum tentu dikurniakan lagi, inikan lagi Rahmat. Kalau setiap kali Ramadan, dia beribadah di malam Lailatul Qadar pun tidak tentu dia memperoleh pahala 1000 bulan sebab dia hanya dapat mempertahankan syarat yang rukun saja. Itu takrif yang pertama iaitu tidak makan, tidak minum dan tidak bersetubuh dengan isteri di siang hari.

Inilah puasa kebanyakan manusia. Puasa begini setakat merehatkan dan menyihatkan fizikalnya sahaja. Definisi yang kedua, ada tambahan dalam ROH PUASA , Itu, ertinya menahan diri daripada perasaan-perasaan negatif, akalnya turut berpuasa iaitu dia tidak berfikir perkara-perkara yang dilarang Tuhan. Dia hanya berfikir mengenai ilmu yang mendatangkan pahala. Begitu juga dia menahan nafsunya daripada kehendak-kehendak yang Tuhan tidak suka iaitu mengambil dunia kerana cintakan dunia, Itu takrif kedua. Saya ulang lagi takrif kedua puasa itu iaitu menahan hati dari perasaan negatif seperti marah, hasad dengki, cinta dunia, tamak, haloba, dendam, sakit hati dan lain-lain. Kehendak nafsu itu bukan bertujuan untuk mencintai dunia tetapi dia mengambil dunia itu untuk dapat diagih-agihkankan, untuk berkhidmat, untuk dikorbankan pada Tuhan. Dari situ lahirlah kasih sayang, perpaduan, lahirlah pembelaan. Ini takrif yang kedua. Puasa takrif kedua inilah kalau dibuat boleh mendatangkan rahmat, berkat dan pahala Lailatul Qadar yang menyamai seribu bulan. Pada peringkat ini takrif pertama masih dipenuhi juga iaitu tidak membatalkan syarat rukun.Apa kata Rasulullah? Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”Jadi bukan semua yang berpuasa itu pada menempuh Lailatul Qadar, dia mendapat rahmat. Bukan semuanya mendapat berkat. Bukan semuanya mendapat keistimewaan. Kalau berpuasa sekadar setakat menjaga syarat rukun sahaja, hanya mendapat lapar dan dahaga. Jangan-jangan, selepas Ramadahan sifat-sifat negatif lagi subur. Setengah orang bulan Ramadan umpama bulan pesta makanan dan minuman serta pesta pakaian. Yang selama ini belum dibeli dia beli. Sudah ada 3 pakaian baru, beli lagi 2. Sudah ada 5, beli lagi 2-3 helai. Itu baru pakej yang pertama. Kalau benar-benar berpuasa mengikut takrif 1 dan 2, memang boleh terbunuh mazmumah, roh jadi bercahaya. Kalau tidak bercahaya pun sudah bersih. Itu sudah cukup. Tapi itu baru satu pil ditelan, sedangkan ada dua lagi.

KEDUA : Kalau ditambah dua pil lagi roh manusia boleh meningkat ke taraf seperti malaikat iaitu dengan BERSEMBAHYANG. Sebab itu Tuhan suruh melebihkan sembahyang di bulan puasa iaitu dengan solat witir dan tarawih. Tentang sembahyang saya tidak perlu jelaskan, ingatkah balik kuliah sembahyang yang membina peribadi agung, boleh menjadikan bangsa agung. Kuliah Mikraj Solat yang mana di dalam sembahyang itu ada bermacam-macam ubat. Kalau dua takrif puasa tadi dihayati bersungguh-sungguh disertakan sembahyang fardhu sahaja, tidak tarawikh pun tidak mengapa, tidak selawat, wirid atau membaca AlQuran dengan syarat puasa itu betul-betul menjadi ubat.Apa erti solat tarawih dan membaca AlQuran kalau puasa kita di siang hari tidak bernilai. Tetapi oleh kerana kita tidak tahu, kita tiada ilmu, Tuhan bagi tahu fungsi puasa…. itulah yang saya maksudkan.Kita tidak tahu puasa kita menjadi ubat atau tidak, kenalah kita solat tarawih, baca AlQuran untuk menampung kelemahan puasa kita. Jadi, ubat atau pil kedua dalam pakej ini ialah sembahyang, tidak payah disyarahkan lagi. Semua sudah dengar.


KETIGA :Pil ke tiga ialah membaca Al Quran.Baca Quran itu kalau boleh dikhatamkan. Kalau tidak khatam tidak mengapa, seberapa yang boleh dibaca hayati betul-betul. Masya Allah AlQuran itu, Tuhan sendiri memberitahu di dalam Quran, kalau dibaca ayat-ayat Tuhan itu, menggeletarkan hati, badan boleh menggeletar. Tuhan sendiri beritahu dalam AlQuran, bila orang membaca AlQuran dan mengambil ingatan tentang cerita2nya, ia boleh memusnahkan nafsu yang jahat. Hati yang keras jadi lembut, perasaan yang jahat boleh tukar menjadi pada perasaan yang positif.Kalau kita hayati AlQuran, dalamnya ada tabsyir (khabar gembira) seperti orang yang baik akan dikurniakan syurga dan diampunkan. Yang penting kena difahami dan dihayati. Bukan perlu banyak, satu juz pun tidak mengapa kalau kita hayati.Di dalam AlQuran ada tanzir (khabar menakutkan); itu sangat memberi kesan kepada roh. Sangat membunuh nafsu jahat, sangat membangunkan akal. Begitu jua ada cerita orang soleh dan orang jahat untuk dijadikan pengajaran. Yang baik jadi teladan, yang jahat jadi sempadan.Ada bermacam-macam ilmu lagi yang sangat mempengaruhi akal kita, yang akhirnya mempengaruhi hati. Jadi kalau Quran itu benar-benar dibaca boleh menjadi ubat, yang menghidupkan akal, selepas tu dituju pada nafsu, nafsu akan menjadi baik hingga memberi kesan kepada roh. Maka roh pun perasaannya positif. Hatinya menjadi baik. Paling tidak bersih.

Tapi kalau orang bersungguh-sungguh lagi bercahaya rohnya.Kalau tiga pil ini dihayati menasabahlah dapat pahala yang besar itu.Jikalau hanya 3 perkara sahaja yang dapat ditahan, tidak makan, tidak minum, tidak bersama isteri, tetapi yang lain tidak berpuasa, nafsu tidak berpuasa, akal tidak berpuasa, RasulullahSAW kata kita hanya mendapat lapar dan dahaga, walaupun dia menempuh Lailatul Qadar. Tetapi Rahmat tidak dapat, keampunan dan berkat tidak dapat, pahala yang berganda-ganda tidak dapat, doa yang makbul pun tidak dapat.Macam orang menunaikan haji, bila dapat haji mabrur itu seolah2 orang itu baru dilahirkan dari perut ibu, ertinya habis bersih dosanya. Tetapi mudah kah? Kalau kita baca di dalam kitab ada orang mendapat alamat, ada orang dimimpikan seribu tahun dulu, dalam 70 000 yang membuat ibadah haji, yang diterima hanya 70 orang. Itu waktu dulu, kalau pada zaman sekarang bolehkah mendapat pahala haji mabrur bila menyiku orang, melompat orang, berkasar dengan jemaah lain?Begitulah kalau kita mendengar cerita Ramadan, seolah-olah selepas Ramadan manusia baru lahir dari perut ibunya, bersih. Itu bukan mudah, kalau ikut takrif pertama sahaja hanya mendapat lapar dan dahaga saja, serta kepenatan.Tapi kalau masuk takrif kedua, setidak2nya itu puasa orang soleh, di atas daripada itu, puasa orang muqarabin, di bawahnya itu puasa orang fasik.Fasik itu terbagi dua, ada yang hitam kelabu rohnya, ada yang hitam pekat!Jadi itulah dia sebab mengapa Tuhan memerintahkan kita berpuasa, ada rahsia disebalik kejadian manusia itu sendiri.Tuhan mahu kita menjadi manusia malaikat.

Sebab Tuhan jadikan manusia bertujuan bukan kekal di atas kemanusiannya tetapi ‘liya’budun’ ada dua tugas. ….khalifah itu mentalnya. Untuk dunia diagih-agihkankan, mengambil dunia untuk dikorbankan, untuk berkhidmat bukan untuk dicintai. Cinta dunia itulah menjadikan kita berpecah belah samada disedari atau tidak.Begitulah peranan ibadah. Mengapa Tuhan menyiapkan Ramadan untuk umat Islam? Seolah-olah tiada yang meningkat saya lihat. Yang meningkat pesta pakaian, pesta makan minum.Takrif kedua puasa, jarang orang menghayati hikmah dan hakikat sebenarnya. Sebab itu umat Islam susah hendak disatukan, SUSAH.Kadang-kadang bulan Ramadan itulah menyuburkan nafsu jahatnya, jadi terbalik. Overhaul kereta terus rosak. Ada kereta dihantar ke workshop untuk over haul terus rosak. Sebelum masuk boleh dipandu, boleh jalan. Bila sudah masuk, terus jammed.Ada orang yang bersusah payah makan tiga pil itu dalam bulan Ramadan sebab itu Allah bagi pahala yang besar.

sumber dari ikhwan international

Sebagai titipan minda

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-

Mutiara Kata

“Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain”
- Abdullah Bin Mas’ud

“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
- Abdullah Ibnu Abbas

“Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia”
- Anisthenes

“Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain”
- Arcele Ari Tandy

“Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya batu tersebut”

“Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengatahuan

“Setiap orang boleh asalkan berlatih, berlatih dan sekali lagi berlatih”
- Zulfall

“Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself”
- Leo Tolsty, Russian author

” Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA ”

” Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencapai pekerjaan yang sesuai dengan minatnya ”

” Kamu tidak boleh mengubah masa lepas kamu. Tetapi kamu boleh memusnahkan diri kamu sekiranya terlalu memikirkan masa depan ”

” Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan ”

” Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab & ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah & pakaiannya ”
( Hamka )


SENARAI BLOG MOTIVASI