PUASA
DAN
HUKUM-HAKAMNYA
NAMA PELAJAR:
FARAH ADLIN NAQUIYAH BINTI BAHARI
NO MATRIK:
1898/2015
SEMESTER:
2
ISI KANDUNGAN
PUASA
1.0
Pengertian puasa
2.0
Tarikh pensyari’atan puasa
3.0
Dalil pensyari’atan puasa pada bulan Ramadhan
4.0
Rukun puasa
5.0
Syarat wajib dan syarat sah puasa
5.1
Mazhab Hanafi
5.2
Mazhab Maliki
5.3
Mazhab Syafi'i
5.4
Mazhab Hanbali
6.0
Hukum meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan tanpa uzur
7.0
Hikmah puasa
PENETAPAN BULAN RAMADHAN
1.1
Melihat anak bulan pada malam 30 Sya’ban
1.2
Cukup bilangan bulan Sya’ban 30 hari
2.0
Cara menetapkan anak bulan Ramadhan dan Syawal
2.1
Mencari anak bulan
3.0
Perbezaan Matlak (waktu kemunculan
anak bulan)
3.1 Dalil-dalil
PUASA
1.0
Pengertian puasa
Puasa dari segi bahasa ialah menahan (imsak) dan mencegah (kaff)
daripada melakukan sesuatu. Misalnya, dikatakan "shoma 'anil
kalam", ertinya menahan diri dari berbicara.
Hal ini berdasarkan firman
Allah s.w.t. menceritakan perihal Maryam,
...إِنِّي
نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا...
…sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah)
al-Rahman… (Maryam, 19:26)
Maksudnya, diam dan menahan
diri daripada berbicara. Orang Arab lazim mengatakan "shoma
an-nahar". Maksudnya, perjalanan matahari berhenti pada batas
pertengahan siang.[1]
Sementara puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri
daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga
terbenam matahari disertai dengan niat puasa.[2]
Dalam kata lain, puasa adalah menahan diri dari perbuatan (fi'il) yang
berupa dua macam syahwat (syahwat perut dan syahwat kemaluan) serta menahan
diri dari segala sesuatu agar tidak masuk ke dalam perut, seperti ubat-ubatan
atau sejenisnya. Hal ini dilakukan pada waktu yang telah ditentukan iaitu
bermula terbit fajar kedua (fajar shadiq) sehingga terbenam matahari,
oleh orang tertentu yang berhak melakukannya iaitu orang Muslim, berakal, tidak
haid ketika itu, dan tidak nifas. Puasa harus dilakukan dengan niat, iaitu
bertekad dalam hati untuk mewujudkan perbuatan itu secara pasti serta tidak
ragu-ragu. Tujuan niat adalah untuk membezakan antara perbuatan ibadah dengan
perbuatan bukan ibadah yang telah menjadi kebiasaan.
2.0
Tarikh pensyari’atan puasa
Umat Islam sepakat bahawa puasa pada bulan ramadhan merupakan satu
kewajipan. Puasa Ramadhan diwajibkan setelah pemindahan kiblat ke Ka’bah pada
10 Sya’ban tahun ke-2 Hijrah. Menurut Ijma’, jarak waktu antara pemindahan
kiblat dan perintah kewajipan berpuasa Ramadhan adalah setahun setengah. Nabi s.a.w. sempat melakukan puasa ini sembilan kali
Ramadhan selama sembilan tahun. Beliau wafat pada bulan Rabiulawal tahun ke-11
Hijrah.[3]Sebelum itu amalan puasa
telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang
sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Hal ini
berdasarkan firman Allah s.w.t,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa. (Al-Baqarah, 2:183)
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyari’atkan lagi
ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah dari segi
pensyari’atan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w. secara
khususnya difardukan puasa bulan Ramadhan tersebut.
3.0
Dalil pensyari’atan puasa pada bulan Ramadhan
Dalil difardukam puasa pada
bulan Ramadhan ialah firman Allah s.w.t,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ
فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ
الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ
الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ...
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-leterangan yang menjelaskan petunjuk, dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa di
antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan(atau mengetahuinya), hendaklah
ia berpuasa bulan itu;... (Al-Baqarah, 2:185)
Dalil
seterusnya berdasarkan hadith,
بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ
وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ
Islam didirikan atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa
tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah dan Nabi
Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan
ibadah haji, dan puasa pada bulan Ramadhan.[4]
Dalil dari hadith yang lain,
Thalhah bin Ubaidillah menyebut bahawa seseorang datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rambut orang itu nampak tidak rapi. Dia berkata,
“Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku solat apa yang diwajibkan oleh Allah
kepadaku?” Rasulullah menjawab, “Solat lima waktu sehari semalam, kecuali jika
kamu mahu melakukan solat lagi sebagai Nawafil” Dia berkata lagi, “Wahai
Rasulullah, beritahukan kepadaku puasa apa yang diwajibkan oleh Allah
kepadaku?” Rasulullah menjawab, “Puasa Ramadhan, kecuali jika kamu mahu
berpuasa lagi sebagai Nawafil” Dia bertanya lagi, “Adakah kewajipan yang
lainnya?” Baginda menjawab, “Tidak ada. Dia bertanya lagi, “Beritahukan
kepadaku, zakat apa yang diwajibkan oleh Allah kepadaku?” lalu Rasulullah
s.a.w. menjelaskan ajaran-ajaran Islam kepadanya. Setelah itu, orang tersebut
berkata, “Demi Zat yang telah memuliakanmu, aku tidak akan melakukan amalan Nawafil
sedikitpun, dan aku tidak akan mengurangi kewajipan-kewajipan yang dibebankan
oleh Allah kepadaku” Kemudian Nabi bersabda, “ Dia beruntung jika dia benar,
atau, dia akan masuk syurga jika benar”[5]
4.0
Rukun puasa
Rukun puasa ialah menahan diri dari dua mavcam syahwat; iaitu syahwat perut
dan syahwat kemaluan. Maksudnya, menahan diri dari segala sesuatu yang
membatalkannya. Dalam hal ini, mazhab Maliki dan Syafi'i menambahkan satu lagi
rukun, iaitu berniat yang dilakukan pada malam hari.
5.0
Syarat wajib dan syarat sah puasa
5.1
Mazhab Hanafi
Menurut mazhab Hanafi[6],
syarat puasa ada tiga, iaitu: (1) syarat wajib, (2) syarat wajib pelaksanaan (ada'),
dan (3) syarat sah.
Syarat wajib puasa ada empat.
1)
Islam
2)
Berakal
3)
Baligh
4)
Mengetahui kewajipan berpuasa bagi orang yang masuk Islam di medan
pertempuran atau bagi oramg yang berada di negeri Islam.
Barang siapa gila sepanjang bulan Ramadhan, dia tidak
perlu mengqada' puasanya. Jika dia sedar pada sebahagian hari dalam bulan Ramadhan,
dia harus mengqada' puasa hari-hari yang telah berlalu sahaja. Adapun orang
yang pengsan selama sebulan penuh Ramadhan qajib mengqada' puasanya. Namun
orang yang pengsan selama sehari dalam bulan Ramadhan tidak wajib mengqada'
hari tersebut kerana dalam hari tersebut dia melakukan menahan diri (dari
hal-hal yang membatalkan puasanya) disertai dengan niat; sedangkan hari-hari
sesudahnya mesti diqada'.
Syarat wajib pelaksanaan puasa ada dua.
1)
Selamat dari penyakit, haid, dan nifas. Puasa tidak wajib dilakukan oleh
orang yang sakit.
2)
Bermukim (iqamah). Puasa tidak wajib dilaksanakan oleh orang yang
bermusafir . Walau bagaimanapun, wanita haid, nifas, orang sakit serta orang
musafir kesemuanya wajib mengqada' puasa mereka.
Syarat sah puasa pula ada tiga.
1)
Niat. Puasa tidak sah kecuali apabila disertai dengan niat
2)
Tidak ada halangan puasa, seperti haid dan nifas. Puasa tidak sah dilakukan
oleh wanita haid dan nifas. Kedua-duanya mengakibatkan qada' puasa.
5.2
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki[7]
berpendapat bahawa syarat
puasa ada tiga, iaitu (1) syarat wajib, (2) syarat sah, serta (3) syarat sah
secara bersamaan. Kesemuanya berjumlah tujuh.
1)
Islam
2)
Baligh
3)
Berakal
4)
Suci dari darah
5)
Sihat
6)
Bermukim
7)
Niat
Syarat wajib puasa ada tiga
1)
Baligh
2)
Sihat
3)
Bermukim
Puasa tidak wajib atas anak kecil. Anak kecil boleh saja berpuasa, tetapi
tidak disunatkan. Walinya tidak wajib menyuruhnya berpuasa. Puasa juga tidak
diwajibkan atas orang sakit, lemah, atau musafir. Namun, orang sakit, lemah
mahupun musafir diwajibkan untuk mengqada' puasa mereka.
Syarat sah puasa ada dua.
1)
Islam.
Puasa tidak
sah dilakukan oleh orang kafir meskipun puasa diwajibkan ke atasnya. Dia akan
dieksa kerana tidak berpuasa, sebagai tambahan atas seksaan kerana
kekafirannya.
2)
Waktu yang layak untuk berpuasa.
Puasa tidak
sah dilakukan pada hari raya.
Syarat wajib dan syarat sah puasa secara bersamaan ada
tiga.
1)
Suci daripada darah haid dan nifas.
Puasa tidak
wajib dan tidak sah dilakukan oleh wanita haid dan nifas. Kedua-duanya wajib
dengan segera mengqada' puasa mereka ketika hilang halangan.
2)
Berakal.
Orang yang
akalnya hilang tidak diperintahkan untuk berpuasa. Puasa tidak wajib dan tidak
sah dilakukan oleh orang gila dan orang pengsan. Adapun qada' ke atas orang
gila yang sedardaripada penyakit gilanya – menurut pendapat yang masyhur
merupakan kewajipan yang mutlak. Qada' juga wajib ke atas orang pengsan jika
dia pengsan selama sehari atau lebih. Begitu juga keadaannya jika dia pengsan
selama majoriti waktu dalam sehari. Walau bagaimanapun, jika dia pengsan dalam
waktu singkat selepas terbit fajar, qada' puasanya tidak diwajibkan ke atasnya.
Mengenai
qada' orang mabuk pula, adalah sama
dengan keadaan orang yang pengsan. Namun, dia harus menahan diri selama waktu
yang masih tersisa daripada harinya. Orang tidur sam sekali tidak diwajibkan
mengqada' puasanya yang telah terlewat (selama masa tidurnya). Dengan syarat,
dia telah menentukan niatnya untuk berpuas apada malam hari semenjak awal bulan
Ramadhan.
3)
Niat.
Menurut
pendapat yang rajih dan paling jelas, niat termasuk syarat sah puasa
kerana niat adalah penyengajaan terhadap sesuatu; sedangkan penyengajaan
terhadap sesuatu, seperti yang kita ketahui berada di luar hakikat sesuatu
tersebut.
Satu kali
niat sudah dipandang cukup untuk setiap puasa yang wajib dilakukan secara
berturut-turut, seperti puasa Ramadhan, puasa kafarah Ramadhan, dan puasa
kafarah pembunuhan atau zihar. Satu kali niat itu sudah dianggap cukup,
dengan syarat puasa-puasa yang mesti dilakukan secara berturut-turut itu belum
terhenti oleh apa-apapun seperti sakit atau dlam perjalanan sebagai seorang
musafir. Berniat sunat dilakukan pada setiap malam ketika niat itu dipandang
sudah cukup dilakukan sekali.
Kesimpulannya, kewajipan puasa menjadi gugur kerana dua belas hal, iaitu: anak kecil,
gila, haid, nifas, pengsan, musafir, keadaan sihat tetapi lemah dan tidak mampu
berpuasa, selalu haus, sakit, hamil, menyusukan anak, dan tua.
5.3
Mazhab Syafi'i
Mazhab Syafi'i[8]
berpendapat bahawa syarat
puasa ada dua, iaitu: (1) syarat wajib dan (2) syarat sah.
Syarat wajib puasa ada
empat.
1)
Islam.
Orang kafir
tidak wajub berpuasa sebagaimana solat. Tetapi, di akhirat kelak dia akan
diseksa kerana tidak berpuasa. Orang murtad wajib mengqada’ puasanya apabila
dia kembali masuk Islam.
2)
Baligh.
Puasa tidak
wajib bagi anak kecil, sama ada melaksanakn pada waktunya atau mengqada’.
Ketika dia berumur tujuh tahun, dai mesti diperintahkan berpuasa. Jika setelah
berumur sepuluh tahun dia tidak mahu berpuasa, hendaklah dia dipukul.
3)
Berakal.
Orang gila
tidak diwajibkan berpuasa, sama ada melaksanakan pada waktunya mahupun
mengqada’. Namun, jika penyakit gilanya itu terjadi dengan sengaja, dia wajib
mengqada’ puasanya. Sebaliknya, orang yang mabuk secara tidak sengaja tidak
diwajibkan mengqada’ puasanya.
4)
Mampu.
Puasa tidak
wajib ke atas orang yang lemah seperti orang tua atau orang sakityang
kesembuhannya tidak boleh diharapkan. Begitu juga, puasa tidak wajib bagi
wanita haid, kerana secara syar’iy, dia dipandang lemah. Ukuran orang
sakit yang tidak diwajibkan berpuasa ialah orang sakit yang dibolehkan
bertayammum iaitu orang yang merasakan kesulitan dalam berpuasa, atau orang
yang jika dia berpuasa, penyakitnya akan bertambah tenat.
Syarat sah puasa juga ada empat.
1)
Islam ketika berpuasa.
Puasa tidak
sah dilakukan oleh orang kafir asli dan orang murtad.
2)
Mumaiyiz atau berakal sepanjang siang.
Puasa anak
kecil yang belum mumaiyiz dan orang gila, hukumnya tidak sah. Hal ini
disebabkan oleh ketiadaan niat. Namun begitu, puasa anak kecil yang mumaiyiz,
hukumnya sah. Puasa yang dilakukan oleh
orang mabuk atau orang pengsan tidak sah. Begitu juga menurut pendapat yang
jelas, mabuk dan pengsan yang terjadi sebentar tidak membatalkan puasa. Selain
itu, menurut pendapat yang sahih, tidur yang dilakukan sepanjang siang tidak
membatalkan puasa kerana orangbtidur termasuk orang yang berhak menerima khitab
puasa.
3)
Suci daripada haid dan nifas sepanjang siang.
Puasa
wanita haid atau nifas hukumnya tidak sah. Begitulah menurut kesepakatan
ulama’. Jika pada pertengahan siang seseorang mengeluarkan darah haid atau
nifas, murtad atau gila, puasanya dianggap batal.
4)
Waktu yang layak untuk berpuasa.
Puasa yang
dilakukan pada dua hari raya dan hari-hari tasyrik hukumnya tidak sah. Begitu
juga puasa yang dilakukan pada hari Syak. Puasa juga tidak sah dilakukan pada
pertengahan akhir bulan Sya’ban. Kecuali jika hal itu terjadi kerana melakukan
kebiasaan puasa dahr, puasa Nabi Daud,.puasa pada hari yang ditentukan,
seperti puasa hari Isnin dan Khamis, melakukan puasa nazar, qada’, puasa
kafarat, atau melanjutkan puasa pada hari-hari sebelumnya.
Niat termasuk rukun. Ia disyaratkan pada setiap hari. Niat wajib dilakukan
pada malam hari untuk puasa fardu, tidak untuk puasa sunat (nafilah).
Untuk puasa nafilah, niat boleh dilakukan sebelum matahari tergelincir, dan
wajib pula menentukan jenis puasanya. Tetapi dalam puasa fardu, kefarduan puasa
tidak wajib ditentukan ditentukan dam niat.
5.4
Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali[9]
menyatakan bahawa syarat
puasa ada dua, iaitu (1) syarat wajib dan (2) syarat sah.
Syarat wajib puasa ada
empat.
1)
Islam
Puasa tidak
wajib ke atas orang kafir meskipun yang murtad. Hal ini demikian kerana puasa
2)
Baligh
Puasa tidak
diwajibkan ke atas anak kecil. Pendapat ini berdasrkan hadith, “Pena
diangkat (penentuan kewajipan dihapus) daripada tiga hal...” Wali anak
kecil yang sudah mumaiyiz wajib menyuruhnya berpuasa jika dia mampu. Dia wajib
memukulnya ketika anak kecil tersebut tidak mahu berpuasa. Tujuannya agar anak
kecil itu terbiasa melaksanakan puasa sebagaimana dalam solat.
3)
Berakal
Puasa tidak
diwajibkan atas anak kecil yang belum mumaiyiz. Akan tetapi, sebagaimana dalam
solat, puasa sah dilakukan oleh anak kecil yang sudah mumaiyiz. Sesiapa yang
gila pada pertengahan hari, dia harus menahan diri pada hari itu. Hal ini
bertujuan untuk menghormati waktu puasa. Selanjutnya, dia wajib mengqada’
puasanya kerana dia telah menemui sebahagian waktu puasa sebagaimana dalam
solat.
Adapun
orang yang gila sepanjang hari atau lebih tidak wajib mengqada’ puasanya.
Berbeza keadaannya dengan orang yang pengsan, dia wajib mengqada’ puasanya,
meskipun tempoh pengsannya lama. Hal ini disebabkan pengsan bukan perkara yang
menghilangkan taklif. Puasa orang gila atau pengsan pada sebahagian siang,
hukumnya sah, dengan syarat keduanya telah berniat pada malam hari.
Begitu juga
halnya bagi orang yang tidur sepanjang hari, hukum puasanya adalah sah. Hal ini
disebabkan tidur merupakan kebiasaan dan tidak mengakibatkan kehilangan fungsi
pancaindera secara umum. Qada’ puasa diwajibkan ke atas orang mabuk, baik mabuk
yang dilakukan dengan sengaja mahupun secara tidak sengaja.
4)
Mampu berpuasa.
Puasa tidak
diwajibkan atas orang yang lemah. Misalnya, orang yang telah lanjut usia atau
orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh. Mereka dipandang tidak mampu
berpuasa. Oleh itu, Mereka tidak dibebani kewajipan berpuasa. Pendapat ini
berdasarkan ayat berikut,
Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah:286)
6.0
Hukum meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan tanpa uzur
Puasa Ramadhan adalah satu daripada rukun Islam dan perkara fardu dalam
agama yang mesti diketahui. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya, dia
menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar
dan enggan bertaubat, dia hendaklah dijatuhi hukuman bunuh. Hal yang demikian
sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan
daripada ulama’. Sementara sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari
kewajipannya, dia hanya menjadi fasiq. Pemerintah wajib memenjarakannya dan
menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya dia berpuasa
sekalipun secara zahirnya sahaja.
7.0
Hikmah puasa
Sebagaimana diketahui, puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadah yang
difardukan oleh Allah. Puasa sebagai ibadah bermaksud, setiap orang Islam yang
melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t, dan melaksanakan
tanggungjawab keimanan kepadanya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan
yang berlaku sebagai natijah daripada ibadah tersebut. Walau bagaimanapun,
tiada halangan bagi sesiapa yang berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia
Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah itu dan ibadah-ibadah lain. Adalah tidak
diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk
hamba-hambanya. Namun mereka tidak disyariatkan untuk mengetahui kesemua hikmah
tersebut.
Begitu juga ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang mungkin
diketahui oleh sesetengah orang tetapi banyak yang masih tersembunyi daripada
pengetahuan mereka.
Antara hikmah dan faedah puasa yang mungkin dapat dirumuskan ialah,
Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya
di bawah perhatian Allah s.w.t. Hal yang demikian adalah kerana orang yang
berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian
daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan yang
menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginan tersebut kerana melaksanakan
perintah Allah s.w.t. Dalam menghadapi halangan ini, hatinya sedar akan
pemerhatian Allah terhadapnya, lantas mengingati ketuhanan Allah dan keagungan
kekuasaanNya, di samping sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba yang tunduk
patuh kepada hukum Allah dan menurut segala kehendakNya.
Bulan Ramadhan ialah bulan suci antara semua bulan yang lain. Allah s.w.t.
mengkehendaki semua hambaNya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan,
dan yang menghampirkan diri mereka kepadaNya, di samping menyatakan erti
kehambaan mereka setinggi-tingginya kepada Yang Maha Suci dan maha Tinggi.
Namun mereka jauh dari dapat menyatakan demikian di hadapan hidangan makanan,
dalam majlis-majlis minuman, selepas kekenyangan, dan setelah isi perutnya
meruap ke kepala. Pensyariatan puasa pada bulan Ramadhan adalah antara cara
yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab kehambaan kepadaNya.
Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan sesorang akan memenuhi dan
menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan sifat-sifat keterlaluan
yang lain, seperti berlebih-lebihan dan membazir. Kedua-duanya adalah
beretentangan dengan sifat seorang yang bergelar muslim. Justeru, pensyariatan
puasa dapat mendidik jiwa seseorang dan mengurangkan sifat-sifat buruk
tersebut.
Antara asas penting yang membangunkan masyarakat Islam ialah sifat kasih sayang
sesama mereka. Namun orang kaya sangat sukar untuk dapat menghayati kasih
sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai sendiri keperitan,
kepahitan dan kesempitan hidup mereka yang sentiasa diburu kelaparan. Oleh itu
bulan puasa adalah waktu yang terbaik bagi golongan kaya untuk merasai dan
menyelami perasaan orang miskin, serta hidup bersama-sama dalam keperitan dan
kesulitan mereka. Puasa juga adalah dorongan yang terbaik bagi golongan yang
kaya untuk menimbulkan perasaan kasih sayang dan simpati dalam jiwa mereka.
PENETAPAN BULAN RAMADHAN
Penetapan bulan Ramadhan ditentukan melaui satu daripada dua cara berikut,
1.1
Melihat anak bulan (الهِلاَل) pada malam
30 Sya’ban
Apabila anak bulan kelihatan, seseorang yang adil hendaklah bersaksi di
hadapan pemerintah bahawa dia telah melihat anak bulan tersebut.
1.2
Cukup bilangan bulan Sya’ban 30 hari(الحِسَاب)
Hal yang demikian adalah apabila anak bulan susah kelihatan disebabkan oleh
awan yang tebal, atau tiada sesiapa yang adil tampil bersaksi melihat anak
bulan tersebut. Oleh itu bulan Sya’ban hendaklah dicukupkan bilangannya 30
hari. Ini adalah kerana bilangan itulah yang asal bagi bulan Sya’ban selama
tiada apa-apa yang lain menetapkan sebaliknya.
Pernyataan ini didasarkan atas ayat berikut,
فَمَنْ شَهِدَ
مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ... ...
Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak
bulan Ramadhan(atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa bulan
itu;...(Al-Baqarah, 2:185)
Dalil kedua-dua cara ini berdasarkan hadith,
أن رسول الله
صلى الله عليه وسلم قال: "صوموا لرؤيته، وأفطروا لرؤيته، فإن غَبِيَ
عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين" ((متفق عليه وهذا لفظ
البخاري)).
وفي رواية مسلم: "فإن غم عليكم فصوموا ثلاثين يومًا"
وفي رواية مسلم: "فإن غم عليكم فصوموا ثلاثين يومًا"
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Berpuasalah kamu
kerana telah kelihatan anak bulan dan berbukalah (berhari raya) juga kerana
telah kelihatan anak bulan. Jika anak bulan terlindung daripada pandangan kamu,
cukupkanlah bilangan bulan Sya’ban 30 hari.[10]
Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan,
الشَّهْرُ تِسْعٌ
وَعِشْرُونَ لَيْلَةً، فَلاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ
فَأَكْمِلُوا
الْعِدَّةَ ثَلاَثِينَ
Satu bulan terdiri daripada dua puluh sembilan malam.
Oleh kerana itu, janganlah berpuasa sehingga kalian melihatnya (anak bulan).
Dan jika (langit) mendung, sempurnakanlah bulan Sya’ban sebanyak tiga puluh
hari.
Adakalanya bulan yang terdiri daripada dua puluh sembilan hari hanya
terjadi selama dua bulan, tiga bulan, atau empat bulan. Hal ini sebagaimana
disebutkan dalam Syarah Muslim, karya An-Nawawi. Amalan-amalan yang biasa
dilakukan pada bulan Ramadhan tidak boleh dilaksanakan, kecuali setelah anak
bulan terlihat atau dengan menyempurnakan bulan Sya’ban selama 30 hari.
Amalan-amalan yang dimaksudkan ialah seperti solat tarawih dan kewajipan
menahan diri dari berbuka bagi orang yang puasanya batal pada pagi hari.
2.0 Cara menetapkan anak bulan Ramadhan dan Syawal
Pendapat para fuqaha’ mengenai cara menetukan anak bulan Ramadhan dan
Syawal berkisar antara 3 hal, iaitu: 1) penglihatan yang dilakukan oleh
sejumlah orang banyak, 2) penglihatan yang dilakukan oleh orang-orang Islam
yang adil, dan3) penglihatan yang dilakukan oleh seseorang yang adil.
Mazhab Hanafi[11] berpendapat seperti berikut,
1.
Jika langit cerah, maka untuk menetapkan bulan Ramadhan, berbuka puasa, dan
hari raya, anak bulan harus disaksikan oleh orang banyak.Ukurannya adalah jika
dengan kesaksianmereka, rasa yakin bahawa anak bulan akan terlihat akan
tercapai. Mengenai jumlahnya, menurut pendapat yang paling sahih, diserahkan
kepada kebijaksanaan imam. Pensyaratan jumlah orang yang banyak disebabkan
waktu pemunculan anak bulan (matlak) terjadi satu kali dalam satu tempat.
Selain itu, disyaratkan pula agar hal-hal yang menghalang terlihatnya anak
bulan tiada, pandangan-pandangan mereka tidak cacat, dan keinginan mereka untuk
melihatnya besar. Oleh itu, melihat anak bulan sendirian di antara sejumlah
orang banyak jelas merupakan tindakan yang salah.Setiap orang dari mereka – dalam
kesaksian tersebut – harus berkata: “Aku bersaksi”
2.
Jika langit tidak cerah disebabkan oleh mendung atau sebagainya, maka –
untuk terlihatnya anak bulan – imam cukupmeminta kesaksian dari seorang Muslim
yang adil (orang yang kebaikannya mengalahkan keburukannya), berakal, baligh,
atau – menurut pendapat yang sahih – orang yang identitinya belum diketahui;
sama ada lelaki mahupun perempuan; mahupun orang yang merdeka mahupun yang
lain-lainnya. Kriteria-kriteria tersebut diperlukan kerana hal ini merupakan
urusan keagamaan. Oleh itu, penerimaan kesaksian anak bulan menyerupai penerimaan
riwayat hadis. Ketika ini, seseorang tidak perlu mengatakan, “Aku bersaksi”. Di
bandar, kesaksian cukup dikemukakan di hadapan kadi, sedangkan di kampung,
kesaksian boleh dikemukakan di hadapan masjid, di hadapan khalayak ramai.
Memberi kesaksian terhadap kesaksian orang lain hukumnya
dibolehkan. Maka, memberikan kesaksian terhadap kesaksian orang lain yang
melihat anak bulan, hukumnya sah. Seseorang yang melihat anak bulan
sendirianhendaklah berpuasa, meskipun kadi tidak menerima kesaksiannya.
Seandainya dia tidak berpuasa pada waktu itu, dia wajib mengqadhanya, tanpa
berkewajipan mengeluarkan kafarah.
Dalam menentukan bulan Ramadhan, umat Islam tidak boleh
berpegang kepada khabar yang diberikan oleh ahli waktu, ahli hisab, atau
peramal, kerana tindakan seperti itu bertentangan dengan syariat Nabi kita.
Mazhab Maliki[12]berpendapat bahawa anak bulan Ramadhan ditetapkan dengan
penglihatan melalui tiga kesaksian.
1.
Kesaksian yang dilakukan sekelompok orang banyak, meskipun mereka bukan
kelompok yang adil. Yang penting, masing-masing mereka diyakini tidak mungkin
melakukan pembohongan. Dalam hal ini, kesaksian mereka tidak disyaratkan harus
lelaki, orang merdeka, atau orang yang adil.
2.
Kesaksian yang dilakukan oleh dua orang yang adil atau lebih. Dengan
kesaksian keduanya, puasa dan berbuka pada bulan Ramadhan menjadi sah, sama ada
ketika langit mendung mahupun cerah. Yang dimaksud dengan orang yang adil ialah
lelaki yang merdeka, baligh, berakal, tidak melakukan dosa-dosa besar, tidak
sering melakukan dosa-dosa kecil, dan tidak melakukan tindakan yang merosak
harga diri(muru’ah) nya.
Atas dasar ini, ketika langit mendung, puasa pada awal
Ramadhan menjadi tidak wajib, sekiranya anak bulan hanya dilihat oleh seorang
lelaki yang adil atau dua orang perempuan. Demikianlah menurut pendapat yang
masyhur. Akan tetapi, puasa tersebut menjadi wajib bagi orang yang melihatnya
sendiri. Pemberian saksi terhadap dua orang yang adil, hukumnya dibolehkan.
Dengan syarat, khabar dari masing-masing (dua orang yang adil tersebut)
diterima oleh dua orang. Jika orang yang memberikan kesaksian terhadap orang
yang adil itu hanya satu, kesaksiannya dipandang tidak cukup. Dalam memberikan
kesaksian terhadap kesaksian dua orang yang adil, sesorang tidak disyaratkan
harus mengatakan, “Aku bersaksi”.
3.
Kesaksian yang dilakukan oleh seseorang yang adil. Dengan kesaksian ini,
puasa dan berbuka pada bulan Ramadhan wajib bagi orang yang melihat anak bulan,
atau bagi orang yang menerima pemberitahuan daripadanya. Dengan syarat, orang
yang menerima pemberitahuan itu tidak mempunyai pengetahuan tentang anak bulan.
Adapun bagi orang yang mepunyai pengetahuan tentang anak bulan, kesaksian orang
yang adil tersebut tidak mewajibkan berpuasa dan berbuka.
Seorang hakim tidak boleh memberikan keputusan tentang puasa hanya
berdasarkan kesaksian seorang yang adil. Seorangadil yang menyaksikan anak
bulan itu tidak disyaratkan harus lelaki atau orang yang merdeka.
Jika orang yang melihat anak bulan itu adalah imam, puasa dan berbuka
menjadi wajib (bagi dirinya sendiri dan orang lain).
Seorang atau dua orang yang adil harus mengajukan kesaksiannya di hadapan
hakim. Mereka harus menyatakan di hadapan hakim bahawa mereka telah melihat
anak bulan. Hal demikian dimaksudkan untuk membuka pintu kesaksian. Selain itu,
adakalanya seorang hakim menetapkan awal bulan dengan kesaksian orang yang
adil.
Adapun anak bulan Syawal harus ditetapkan melaui kesaksian sekelompok orang
banyak yang diyakini tidak mungkin berbohong atau dengan kesaksian dua orang
yang adil, sebagaimana dalam menetapkan anak bulan Ramadhan.
Anak bulan tidak boleh ditetapkan melalui pernyataan astrologi baik bagi
dirinya sendiri mahupun bagi orang lain. Hal ini disebabkan orang yang
menetapkan puasa (awal Ramadhan), berbuka (awal bulan Syawal), dan haji ialah
pemerintah agama dengan pemerhataian anak bulan. Dengan demikian, penetapan
awal bulan dengan metode falak, meskipun benar, hukumnya tidak dibolehkan.
Mazhab Syafi’i[13]berpendapat bahawa penetapan terhadap penglihatan anak
bulan Ramadhan, bulan Syawal, atau bulan yang lainnya – menurut majoriti – adalah
melalui kesaksian seorang yang adil, meskipun identitinya belum dikenalpasti,
baik ketika langit cerah mahupun ketika mendung. Namun demikian, disyaratkan
bahawa orang yang melihat anak bulan itu, seorang yang adil, Muslim, baligh,
berakal, merdeka, lelaki, dan mengucapkan, “Aku bersaksi”. Dengan demikian,
anak bulan tidak boleh ditetapkan melalui kesaksian orang fasiq, anak kecil
yang belum baligh, orang gila, hamba sahaya, dan perempuan.
Dalil mazhab Syafi’i adalah pada suatu saat Ibnu umar melihat anak bulan.
Lalu, dia memberitahukan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Dan,
ternyata, Rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh orang lain untuk berpuasa.[14]
Dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas seperti berikut,
جَاءَ أَعْرَابِيًّا إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ
إِنِّي رَأَيْتُ اَلْهِلَالَ فَقَالَ أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اَللَّهُ؟
قَالَ نَعَمْ قَالَ أَتَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اَللَّهِ؟ قَالَ نَعَمْ.
قَالَ فَأَذِّنْ فِي اَلنَّاسِ يَا بِلَالُ أَنْ يَصُومُوا غَدًا
Seorang Arab Badwi telah dating menemui rasulullah s.a.w
dan berkata, "Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan (Ramadhan)".
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, "Adakah kamu mengakui bahawa
tiada tuhan melainkan Allah?" Lelaki tersebut menjawab, "Ya."
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Adakah kamu mengakui bahawa Muhammad
adalah pesuruh Allah?" Lelaki tersebut menjawab, "Ya." Lalu
Rasulullah berkata, "Umumkan kepada orang ramai, wahai Bilal bahawa mereka
akan mula berpuasa pada esok hari."[15]
Hikmah penetapan bulan dengan kesaksian seseorang adalah sebagai langkah
berhati-hati (ihtiyath) dalam berpuasa.
Orang yang melihat anak bulan wajib berpuasa, meskipun bukan seseorang yang
adil (fasiq), anak kecil, wanita, orang kafir, tidak memberikan kesaksian di
hadapan kadi, atau orang yang memberikan kesaksian tetapi tidak didengar
kesaksiannya itu. Puasa diwajibkan baginya seperti diwajibkan kepada orang yang
mempercayai dan membenarkan kesaksiannya.
Jika kita berpuasa pada bulan Ramadhan dengan berpegang kepada kesaksian
seorang yang adil, kemudian tidak melihat anak bulan setelah bulan Ramadhan
mencapai 30 hari, kita mesti berbuka walaupun dalam keadaan langit yang cerah.
Hal demikian terjadi kerna jumlah hari dalam satu bulan berdasarkan hujah syarakmtelah
sempurna. Begitulah menurut pendapat yang paling sahih.
Mazhab Hanbali[16]berpendapat bahawa penetapan anak bulan Ramadhan dapat
diterima melaui pernyataan seorang mukallaf yang adil, baik secara
terang-terangan mahupun tidak, sama ada lelaki atau perempuan, orang yang
merdeka mahupun hamba, sekalipun tidak mengucapkan, “Aku bersaksi bahawa aku
telah melihat anak bulan”. Oleh itu, pernyataan seorang anak kecil yang
mumaiyiz tidak boleh diterima. Begitu juga pernyataan orang yang identitinya
belum diketahui – baik ketika langit mendung mahupun cerah – dan meskipun dia
berada dalam sekelompok orang yang banyak, yang selain dirinya, tidak ada
seorang pun yang melihat anak bulan. Penolakan terhadap kesaksian dua orang
tadi (anak mumaiyiz dan orang yang tidak diketahui identitinya) disebabkan oleh
pernyataan kedua-duanya yang dipandang tidak thiqah.
Dalil mereka adalah hadith terdahulu, iaitu hadith yang menyatakan bahawa
Nabi s.a.w menyuruh orang ramai untuk berpuasa kerana adanya kesaksian Ibnu
Umar. Dalil yang lain adalah hadith yang menyatakan bahawa beliau menerima
kesaksian seorang Arab Badwi. Kerana khabar yang diberitahukan itu merupakan
permasalahan agama, tentu seseorang akan lebih berhati-hati. Oleh itu, tidak
mungkin ada tuduhan di dalamnya. Lain halnya dengan penetapan akhir bulan
(Ramadhan).
Seandainya seseorang kadi memutuskan awal bulan dengan kesaksian seseorang,
dia wajib melaksanakannya. Dalam kewajipan puasa, lafaz kesaksiannya tidak
diperlukan. Hal ini demikian kerana kewajipan puasa ini tidak hanya dikhususkan
bagi hakim, melainkan mencakupi setiap orang yang mendengar kesaksian seorang
yang adil. Orang yang melihat anak bulan tidak wajib memberitahu perkara
tersebut kepada khalayak ramai, menghadap kadi, atau datang ke masjid. Walau bagaimanapun,
kesaksian tersebut dapat mewajibkan puasa bagi orang yang kesaksiannya tidak
diterima; misalnya, kerana fasiq atau sebagainya. Hal ini didasarkan atas
keumuman hadith: Berpuasalah setelah anak bulan terlihat.
Seseorang tidak boleh
berbuka (mengakhiri puasa Ramadhan) kecuali bersama-sama dengan orang lain. Hal
ini disebabkan berbuka puasa tidak dibolehkan kecuali dengan kesaksian dua
orang yang adil. Jika dia melihat anak bulan Syawal secara sendirian, maka dia
tidak boleh berbuka (mengakhiri puasanya). Pernyataan ini didasarkan atas hadith
marfu' yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berikut,
الْفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُ النَّاسُ وَالأَضْحَى يَوْمَ
يُضَحِّي النَّاسُ. قَالَ أَبُو عِيسَى سَأَلْتُ مُحَمَّدًا قُلْتُ لَهُ
مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ سَمِعَ مِنْ عَائِشَةَ قَالَ نَعَمْ يَقُولُ فِي
حَدِيثِهِ سَمِعْتُ عَائِشَةَ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
صَحِيحٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ.
Berbuka adalah
pada hari ketika orang-orang berbuka dan berkorban adalah pada hari ketika
orang-orang berkorban.[17]
Selain berdasarkan hadith di atas, larangan itu didasarkan pula kepada satu
asumsi bahawa pernyataan satu orang berkecenderungan lebih besar untuk salah.
Oleh itu, kita wajib berhati-hati.
Jika anak bulan Ramadhan terlihat oleh seseorang, hukum-hukum yang lain
juga berlaku, misalnya hukum talak, tibanya waktu pelunasan hutang, habisnya
masa 'iddah, atau masa perwalian yang dikaitkan dengan waktu tersebut.
Kewajipan berpuasa tidak boleh ditetapkan dengan hisab atau ilmu
perhitungan, meskipun kedua-duanya seringkali benar disebabkan tidak ada sanad
yang menceritakan bahawa syarak berpegang kepada kedua-duanya.
Penetapan bulan-bulan yang lain seperti Syawal dan sebagainya, tidak boleh
diterima, kecuali dengan kesaksian dua orang yang adil. Kedua-duanya harus
mengucapkan kesaksian, kerana bulan-bulan selain Ramadhan pada umumnya
diketahui oleh orang ramai. Adapun dalam penetapan bulan Ramadhan, cara di atas
(kesaksian yang harus diberikan oleh minimum dua orang yang adil) tidak
digunakan. Alasannya, kerana puasa merupakan ibadah, sehingga kita harus
berhati-hati. Kita khuatir yang jika waktu puasa sudah tiba, tetapi kita tidak
berpuasa.
Jika orang ramai – dengan
berpegang kepada kesaksian dua orang yang adil – telah berpuasa selama 30 hari,
kemudian mereka tidak melihat anak bulan sebagai petanda puasa berakhir, mereka
dikehendaki untuk berbuka (mengakhiri puasa), sama ada ketika langit cerah
mahupun mendung. Pendapat ini didasarkan atas hadith yang diriwayatkan oleh
Abdur Rahman bin Zaid bin Khattab. Hadith tersebut menyatakan bahawa Nabi s.a.w
bersabda,
فَإِنْ شَهِدَ شَاهِدَانِ فَصُومُوا وَأَفْطِرُوا
Akan tetapi, jika puasa mereka selama 30 hari itu berdasarkan kesaksian
satu orang, mereka tidak boleh berbuka (mengakhiri puasa). Hal ini disebabkan
penetapan waktu berbuka tidak boleh disandarkan kepada satu orang.
Ketidakbolehan ini berlaku pula jika dia menyaksikan anak bulan Syawal.
Jika mereka telah berpuasa selama 28 hari kemudian melihat anak bulan,
mereka harus mengqada' puasa sebanyak satu hari. Jika mereka berpuasa kerana
langit mendung atau tertutup kabus, merek atidak boleh berbuka. Hal ini kerana
pada dasrnya, berpuasa merupakan tindakan ihtiyath. Dan jika berpegang
pada hukum asal, iaitu 'bahawa bulan Ramadhan masih ada', maka hal itu
merupakan tindakan yang paling baik.
Jika dua orang yang adil melihat anak bulan Syawal, tetapi mereka tidak
bersaksi di hadapan kadi, maka orang yang mendengar kesaksian dan telah mengenal
kejujuran kedua-duanya boleh berbuka. Masing-masing daripada kedu-dua orang
tersebut boleh berbuka dengan berpegang pada pendapat mereka; dengan syarat,
setiap orang di anatara mereka telah sam-sama mengetahui kejujuran
masing-masing. Pendapat ini didasarkan atas hadith di atas, iaitu "Jika
dua orang telah bersaksi, maka berpuasalah dan berbukalah".
Jika salah seorang daripada dua orang yang adil tersebut tidak mengenal
kejujuran temannya, dia tidak boleh berbuka, kerana boleh jadi temannya itu
seorang yang fasiq. Namun, jika kadi memutuskan dengan kesaksiannya sendiri,
maka tidak akan menjadi masalah.
Mengenai dua orang saksi yang memberikan kesaksian di hadapan kadi bahawa
mereka telah melihat anak bulan Syawal, terdapa dua kemungkinan. Pertama, jika
kadi menolak kesaksian mereka kerana tidak megetahui identiti mereka, maka
orang yang telah mengenal kejujuran mereka boleh berbuka. Hal ini disebabkan
dengan penolakannya bukan bermaksud kesaksian kedua-duanya tidak boleh
diterima, melainkan hal itu terjadi kerana dia tidak mengetahui identiti
kedua-duanya. Tindakanhakim ketika itu sama dengan orang yang sedang menanti
bukti-bukti tentang kedua-duanya. Jika setelah itu kedua-duanya terbukti
merupakan orang yang adil, hukumnya jelas boleh ditetapkan. Kedua, jika
hakim menolak kesaksian mereka keranakedua-dua mereka merupakan orang fasiq,
maka kesaksian kedua-duanya tidak membolehkan berbuka (mengakhiri puasa), baik
bagi kedua-dua orang tersebut mahupun selain daripada mereka.
Jika keberadaan bulan meragukan para tawanan atau orang yang dipenjara,
orang yang berada di medan pertempuran, atau sebagainya, maka mereka wajib
berijtihad dan berusaha mengetahui kedatangan bulan Ramadhan. Hal ini
disebabkan dia berkemampuan untuk melaksanakan kewajipannya berdasarkan ijtihad.Dia
mesti berpuasa sebagaimana seseorang mesti berijtihad dan menghadap kiblat –
ketika arah kiblat yang pasti tidak diketahui.
Jika ijtihadnya sesuai dengan yang sebenarnya – iaitu bulan Ramadhan atau
bulan sesudahnya – puasa yang dilakukan berdasarkan hasil ijtihadnya sudah
dianggap mencukupi. Jika bulan tersebut ternyata kurang (iaitu, berjumlah 29
hari), dia hanya wajib mengqada' puasanya yang kurang. Kerana pengqada'an puasa
mesti sesuai dengan jumlah puasa yang tertinggal atau kurang.
Jika puasanya ternyata dilakukan pada bulan sebelum Ramadhan, seperti
Sya'ban, maka puasa yang dilakukan olehnya dipandang tidak cukup (tidak sah)
kerana dia melakukan ibadah sebelum waktunya. Hal demikian jelas dipandang
tidak sah, sebagaimana halnya dalam solat. Jika puasa yang dilakukan ternyata
dilakukan sebahagiannya dilakukan pada bulan Ramadhan atau sesudahnya, puasa
yang di[pandang sah adalah puasa pada bulan Ramadhan atau bulan sesudahnya.
Adapun puasa yang dilakukan pada bulan sebelum Ramadhan dianggap tidak sah.
Jika seseorang yang tidak mengetahui kedatangan bulan Ramadhan secara
pasti, berpuasa tanpa ijtihad terlebih dahulu, padahal dia mampu untuk
berijtihad, maka hukumnya sama dengan orang yang tidak mengetahui kiblat.
Puasanya dipandang tidak sah.
Kesimpulan, Mazhab Hanafi – untuk menetapkan anak bulan Ramadhan dan Syawal –
mensyaratkan agar anak bulan mesti dilihat oleh sekelompok orang banyak. Dengan
syarat, jika langit dlam keadaan cerah. Namun, jika langit dalam keadaan
mendung atau seumpama dengannya, untuk melihat anak bulan cukup dengan
kesaksian seorang yang adil.
Sedangkan menurut Mazhab Maliki, anak bulan harus dilihat oleh dua orang
yang adil atau lebih. Bahkan bagi orang yang tidak memiliki kecenderungan untuk
memerhatikan anak bulan, kesaksian seorang yang adil – menurut mazhab mereka –
sudah dianggap mencukupi.
Mazhab Syafi'i dan Hanbali berpendapat bahawa anak bulan cukup diperhatikan
oleh seorang yang adil, meskipun – menurut mazhab Syafi'i – identiti orang yang
adil tersebut belum diketahui. Sebaliknya, menurut mazhab hanbali, kesaksian
orang yang identitinya belum diketahui tidak dipandang cukup. Hal ini demikian
menurut mazhab Hanbali, sama dengan keharusan terlihatnya anak bulan Syawal
(untuk menetapkan hari raya) oleh dua orang yang adil.
Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, kesaksian perempuan boleh diterima.
Sebalinya, menurut mazhab Syafi'i dan Maliki, kesaksian perempuan tidak boleh
diterima.
2.1 Mencari anak bulan
Mazhab Hanafi[19]
berpendapat bahawa kaum
Muslim wajib mencari anak bulan pada hari ke-29 bulan Sya'ban dan anak bulan
Syawal, untuk menyempurnakan bilangan puasa Ramadhan. Jika merek melihatnya,
merek mesti berpuasa. Tetapi jika langit mendung, mereka hendaklah menyempurnakan
bulan Sya'ban 30 hari, kemudian berpuasa pada sehari sesudahnya, kerana hukum
asal dalam perkara ini adalah bulan Sya'ban masih ada. Satu bulan tidak
berpindah ke bulan yang lain, kecuali dengan bukti. Sementara untuk perkara
ini, bukti tersebut (anak bulan) belum ada.
Mazhab Hanbali[20]
berpendapat bahawa mencari
anak bulan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath) untuk berpuasa dan
menghindarkan perbezaan pendapat (ikhtilaf), hukumnya sunat. Saidatina
'Aisyah r.a berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَحَفَّظُ مِنْ
شَعْبَانَ مَا لاَ يَتَحَفَّظُ مِنْ غَيْرِهِ ثُمَّ يَصُومُ لِرُؤْيَةِ رَمَضَانَ
فَإِنْ غُمَّ عَلَيْهِ عَدَّ ثَلاَثِينَ يَوْمًا ثُمَّ صَامَ
Pada bulan Sya'ban, Rasulullah s.a.w lebih berhati-hati
berbanding dalam bulan yang lain. Kemudian, baginda berpuasa kerana melihat
(anak bulan) Ramadhan. Dan jika (langit) mendung, baginda menyempurnakan bulan
Sya’ban sebanyak tiga puluh hari lalu berpuasa.[21]
Dalam hadith marfu' yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah disebutkan sebagai berikut,
اَحْصُوا هِلاَلَ شَعْبَانَ لِرَمَضَانَ
Seseorang yang
melihat anak bulan disunatkan bertakbir 3 tiga kali dan mengucapkan,
ااَللَّهُمَّ
أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيْمَانِ، وَالأَمْنِ وَالأَمَانِ، رَبِّى
وَرَبُّكَ اللَّهُ
Wahai Allah yang telah menampakkan anak bulan kepada kami
dengan keberkatan dan keimanan, keamanan, serta kesontasaan. Tuhanku dan
Tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.
Kemudian, hendaklah dia
mengucapkan ucapan ini 3 kali dan disambung dengan ucapan berikutnya,
هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ
Anak bulan kebaikan dan petunjuk.
ءَامَنْتُ بِالَّذِى خَلَقَكَ
Aku beriman
dengan Zat yang telah menciptakanmu.
Lalu dia mengucapkan,
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ
كَذَا
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan bulan...
dan membawa bulan...
Menurut mazhab Hanafi, jika anak bulan terlihat, kita
dimakruhkan menunjuk ke arahnya kerana perlakuan tersebut merupakan tindakan
jahiliyyah.
3.0 Perbezaan matlak
Terdapat dua perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan
fuqaha' mengenai wajib atau tidaknya puasa atas semua umat Islam – tanpa
kecuali, di timur dan di barat – dalam satu waktu. Perbezaan tersebut diukur
melalui persoalan adakah waktu terbit bulan itu sama atau tidak. Menurut
Jumhur, puasa di kalngan umat Islam adalah satu. Perbezaan terbit anak bulan
(hilal) tidak dijadikan pegangan. Sedangkan menurut mazhab Syafi'i, permulaan
puasa dan hari raya akan berbeza, bergantung kepada terbit anak bulan yang
terjadi di tempat masing-masing yang saling berjauhan. Menurut pendapat yang
sahih dalam mazhab ini, pernyataan sebahagian mazhab Syafi'i yang di bawah ini
tidak dijadikan pegangan. Pernyataan tersebut ialah bahawa perbezaan antara
daerah yang dekat dan daerah yang jauh diukur sesuai dengan jarak dibolehkan
mengqasar solat (89 km).
Perbezaan pendapat ini masih lagi terjadi, padahal kita
tahu bahawa perbezaan waktu terbit anak bulan tidak boleh diperselisihkan.
Perbezaan waktu kemunculan anak bulan merupakan perkara yang pasti akan terjadi
anatara daerah yang jaraknya saling berjauhan. Hal ini sama dengan perbezaan
waktu terbit matahari.Tidak diperselisihkan juga bahawa imam berhak menentukan
waktu puasa sesuai dengan wilayah kekuasaannya kerana keputusan pemimpin boleh
menghilangkan perbezaan pendapat. Para ulama' sepakat bahawa keputusan tersebut
tidak berlaku secara bersamaan bagi daerah-daerah yang sangat jauh, contohnya,
antara daerah Sepanyol dan daerah Hijaz dan antara daerah Indonesia dengan daerah
Maroko Arab. [23]
Mazhab Hanafi[24],
menurut pendapat yang jelas
berpendapat bahawa perbezaan waktu terbit dan terlihatnya anak bulan pada siang
hari sebelum matahari tergelincir dan sesudahnya tidak perlu dipermasalahkan.
Pendapat ini dikemukan oleh para tokoh mazhab dan akhirnya dijadikan fatwa
mazhab. Oleh yang demikian, penduduk belahan timur mesti berpegang kepada
rukyah penduduk belahan barat. Dengan syarat, penduduk belahan barat itu
benar-benar melihat anak bulan dengan metode yang positif, misalnya dengan
menampilkan dua orang saksi yang keduanya memberikan kesaksian di hadapan kadi
atau berita mengenai hal ini telah tersebar ke seluruh pelosok daerah tersebut.
Lain halnya jika diceritakanbahawa penduduk suatu daerah tertentu melihat anak
bulan. Hal ini tidak dapat diterima kerana hanya merupakan cerita (hikayat).
Mazhab Maliki[25]
berpendapat bahawa jika anak
bulan terlihat, puasa menjadi wajib atas semua daerah, baik bagi daerah yang
dekat mahupun daerah yang jauh.
Dalam hal ini, jarak qasar (jarak yang membolehkan pengqasaran
solat) tidak berlaku, baik kemunculan anak bulan itu sama ataupun berbeza.
Puasa menjadi wajib atas setiap orang yang mendengar khabar kemunculan anak
bulan, sama ada khabar itu diterima melalui kesaksian dua orang yang adil
mahupun sekelompok orang banyak atau dlam kata lain telah tersebar luas.
Mazhab Hanbali[26]
berepndapat bahawa jika anak
bulan telah terlihat di satu daerah, baik daerah itu dekat atau jauh, semua
orang wajib berpuasa. Orang yang tidak melihat anak bulan itu mesti mengikuti
orang yang telah melihatnya.
Mazhab Syafi'i[27]
berpendapat bahawa jika anak
bulan terlihat di satu daerah, kewajipan puasa hanya bagi daerah-daerah yang
berhampiran, tidak termasuk daerah yang jauh. Kewajipan berpuasa bergantung
kepada perbezaan waktu terbit anak bulan. Perbezaan matlak terjadi dalam jarak
yang kurang daripada 24 farsakh.[28]
Jika seseorang telah berpuasa di daerah tempat anak bulan terlihat,
kemudian dia melakukan perjalanan ke daerah lain yang sangat jauh – yang oleh
kerananya, puasa belum wajib di daerah tersebut – maka dia wajib mengikut puasa
penduduk daerah yang dia datangi, meskipun dia telah menyempurnakan puasanya
selama 30 hari di tempat sebelumnya. Dengan berpindah ke daerah lain, bererti
dia telah menjadi salah seorang penduduknya, dan kedudukannya sama dengan
kedudukan penduduk daerah tersebut.
Orang yang melakukan perjalanan ke daerah yang belum berhasil melihat anak
bulan ke daerah yang telah berhasil melihat anak bulan wajib berhari raya
bersama penduduk daerah yang didatanginya kerana pada ketika itu, dia telah
menjadi salah satudari penduduk daerah tersebut, meskipun dia baru berpuasa
selam 28 atau 29 hari. Jika dia baru berpuasa selama 28 hari, dia wajib
mengqada' puasa selama satu hari kerana tiada bulan yang terdiri daripada 28
hari.
Orang yang pada pagi hari telah berhari raya, kemudian kapal laut atau
pesawatnya sedang menuju satu daerah yang sangat jauh yang penduduknya masih
berpuasa, maka dia wajib berpuasa kerana ketika itu, dia menjadi salah seorang
penduduk daerah tersebut. Demikianlah menurut pendapat yang sahih.
3.1 Dalil-dalil
Dalil-dalil mazhab Syafi’i
Mazhab ini berhujah dengan Sunnah, qias dan logik.
1.
Daripada Saunnah, mereka berhujah dengan 2 buah hadith. Pertama, hadith
Kuraib dan kedua, hadith Ibnu Umar.
Hadith Kuraib
Diriwayatkan bahawa Kuraib diutus oleh Ummu Al-Fadhl
untuk menemui Mu’awiyah di Damsyiq (Syam). Dia berkata, “Aku telah tiba di
Damsyiq. Aku penuhi segala ketentuannya (peraturan). Ketika aku berada di
Damsyiq, bulan Ramadhan datang. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat. Lalu,
pada akhir bulan, aku pergi ke Madinah. Aku ditanya oleh Ibnu Abbas. Dia
menyebut-nyebut anak bulan, kemudian bertanya, “Bilakah kamu melihat anak
bulan?” Aku menjawab, “Aku melihatnya pada malam Jumaat.” Dia bertanya lagi,
“Kamu benar-benar melihatnya?” “Ya, anak bulan dilihat orang lain dan mereka
berpuasa. Mu’awiyah juga berpuasa,” jawabku. Ibnu Abbas berkata, “Tetapi aku
melihatnya pada malam Sabtu. Oleh kerana itu, kami masih berpuasa sampai 30
hari, atau sampai kami melihat anak bulan (bulan Syawal)” Aku bertanya, ‘Apakah
kita tidak cukup dengan rukyat dan puasa Mu’awiyah?” Dia menjawab, “Tidak.
Beginilah kami diperintahkan oleh Rasulullah.”[29]
Riwayat ini menunjukkan Ibnu Abbas tidak mengambil rukyat
penduduk Syam (Damsyiq) dantidak mewajibkan penduduk sesuatu daerah untuk
berpuasa sesuai dengan rukyat penduduk daerah lain.
Hadith Ibnu Umar
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
إِنَّمَا
الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ فَلاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ وَلاَ تُفْطِرُوا
حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ
Sesungguhnya, bulan terdiri atas dua puluh sembilan hari.
Oleh itu, janganlah kalian berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Dan
janganlah kalian berbuka sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika langit
mendung, maka perkirakanlah.[30]
Hadith ini menunjukkan bahawa kewajipan berpuasa
ditentukan oleh rukyat. Namun demikian, perkara tersebut tidak bermaksud rukyat
harus dilakukan oleh setiap orang. Cukup oleh sebahagian daripada orang ramai
sahaja.
2.
Qias. Mereka mengiaskan perbezaan matlak
bulan dengan perbezaan matlak matahari yang menyebabkan perbezaan waktu solat.
3.
Logik. Syariat Islam mewajibkan
puasa bersamaan dengan kemunculan bulan (Ramadhan); sedangkan satu bulan datang
secara berbeza, sesuai dengan perbezaan dan jauhnya jarak antara daerah. Hal
ini jelas mengharuskan perbezaan hukum permulaan puasa, sesuai dengan perbezaan
daerah.
Dalil-dalil
Jumhur
Mereka berhujah
dengan Sunnah dan qias.
Dalil dari
Sunnah adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan yang lainnya seperti
berikut,
صوموا لرؤيته، وأفطروا لرؤيته، فإن غَبِيَ عليكم فأكملوا
عدة شعبان ثلاثين
Berpuasalah kamu kerana telah kelihatan anak bulan dan
berbukalah (berhari raya) juga kerana telah kelihatan anak bulan. Jika anak
bulan terlindung daripada pandangan kamu, cukupkanlah bilangan bulan Sya’ban 30
hari.[31]
Hadith ini menunjukkan bahawa kewajipan puasa berlaku bagi setiap Muslim
dengan keumuman rukyat. Sesuatu yang umum (mutlak) diperlakukan sesuai dengan
keumumannya. Dengan demikian, rukyat sekelompok orang atau orang yang
kesaksiannya diterima, dipandang telah mencukupi.
Dalil dari qias. Mereka mengiaskan daerah-daerah yang jauh dengan
daerah-daerah yang dekat. Menurut mereka, kedua-duanya tidak memiliki
perbezaan. Membezakan kedua-duanya adalah perbuatan yang mengada-adakan dan
tidak berdasarkan dalil.
Ibnu Hajar, dalam Fathul Bari, menyebutkan enam pandangan mengenai
tema ini. Shan’ani berkata, “Pendapat yang paling dekat ialah bahawa puasa
diwajibkan atas penduduk daerah rukyat dan daerah-daerah yang berada dalam satu
garisan bujur[32]
antara utara dan selatan. Hal ini disebabkan oleh waktu kemunculan anak bulan
(matlak) terjadi secara bersamaan. Matlak terjadi secara berbeza ketika garis
bujur antara daerah tidak sama, atau ketika darjat garis lintang antara
kedua-duanya berbeza.”
Asy-Syaukani mengatakan pada dasarnya, pendapat yang boleh dijadikan hujah
adalah hadith marfu’ yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas sendiri, bukan
ijtihadnya yang difahami orang. Dalil yang menunjukkan ke arah itu ialah perkataan
“Beginilah kami diperintah oleh rasulullah sa.a.w,” dan “Oleh itu, kami masih
berpuasa sampai menyempurnakan 30 hari.”
Perintah yang terdapat dalam hadith yang dirirwayatkan oleh Ibnu Umar tidak
ditujukan kepada penduduk sesuatau daerah secara khusus. Akan tetapi, perintah
ini ditujukan kepada setiap orang Islam. Oleh itu, pendapat bahawa terlihatnya
anak bulan oleh penduduk suatu daerah mesti diikuti oleh daerah yang lain,
dipandang lebih jelas daripada pendapat yang sebaliknya. Hal ini demikian
kerana, jika anak bulan terlihat oleh penduduk sesuatu daerah, semua umat Islam
akan melihatnya. Oleh itu, umat Islam berkewajipan berpuasa seperti penduduk
daerah tersebut.
Pendapat yang dikemukakan oleh mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Ziadiyah
– yang dijadikan pendapat pilihan oleh pemimpin mereka – hendaklah dijadikan
suatu pegangan. Al-Qurthubi menceritakan dariapada para gurunya bahawa apabila
anak bulan terlihat oleh penduduk sesuatu daerah, maka kewajipan berpuasa
berlaku bagi penduduk semua daerah. [33]
Ilmu falak boleh menyatukan permulaan bulan syar’iy di kalangan
pemerintahan Islam. Kerana waktu terlama antara matlak bulan di suatu negera
Islam dengan negara Islam yang lain berkisar sekitar 9 jam. Oleh itu, Semua
negara Islam meraskan satu malam yang sama. Sehingga hal tersebut memungkinkan
mereka untuk berpuasa setelah anak bulan terlihat secara pasti dan setelah
berita tentang anak bulan itu sampai kepada mereka.
Sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath), cukup bagi kita untuk
menyatukan hari raya pada batas-batas negeri Arab, mulai dari Amman di timur
sehingga Morocco di barat yang jauh.
[1] Seorang
penyair mengatakan, "Kuda yang terkendali dan kuda yang tidak terkendali.
Dia terkendali dan yang lain tidak terkendali".
[2] Al-lubab, 1:162;
Asy-syarhus Shaghir, 1:681, 698; Mughnil Muhtaj, 1:420; Al-Mughni,
3:84; Kasysyaful Qanna', 2:348 dan halaman selanjutnya.
[3] Al-Majmu’, 6:273 dan selanjutnya;
Ad-Durrul Mukhtar, 2:109; KasysyafulQanna’, 2:349; Bidayatul
Mujtahid, 1:274; Al-Mughni, 3:84.
[4] Diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim melalui berbagai jalan (pendekatan) periwayatan, dari Ibnu
Umar.
[7] Al-Qqawaninul
Fiqhiyyah, 113 dan seterusnya; Bidayatul Mujtahid, 1:282 dan
seterusnya; Syarhur Risalah, 1:301; Asy-Syarhus Saghir, 1:681,
695, 701; Asy-Syarhul Kabir, 1:520. Dalam Hasyiyatud Dasuqi disebutkan
bahawa niat merupakan syarat; sedangkan Ad-Dardir menganggap niat sebagai rukun
sebagaimana yang telah disebutkan di dalam muka surat ini.
[8] Mughnil
Muhtaj, 1:427, 432, dan seterusnya; Al-Hadhramiyyah, 110-113.
[10]Diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; diriwayatkan oleh Bukhari dariIbnu Umar;
diriwayatkan oleh Muslim danNasa’i, serta Ibnu Majah dari Ibnu Umar dengan lafaz
berbeza. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abdur Rahman bin Zaid bin
Khattab; diriwayatkan oleh Ahmad, Nasa’i, dan Tirmizi dengan makna yang sama,
dan disahihkan oleh Ibnu Abbas. Selain itu, juga diriwayatkan oleh para rawi
yang lain. (Lihat Nailul Authar, 4:188-192).
[11]Rasa’il
Ibnu Abidin, 1:253; Ad-Durrul Mukhtar; 2;123-130; Maraqi
Al-Falah, 108 dan seterusnya; Al-Luhab, 1:164.
[12]Al-Qawaninul
Fiqhiyyah, 115
dan seterusnya; Asy-Syarhus Saghir, 1:682; Asy-Syarhul Kabir, 1:509.
[14]Diriwayatkan oleh
Abu Daud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban; diriwayatkan oleh Al-Hakim; ia
mengatakan, “Hadith ini telah ditetapkan oleh Muslim”.
[21]Diriwayatkan oleh Daruquthni dengan isnad yang sahih.
[22] Diriwayatkan oleh Tirmizi.
[23]Raddul Mukhtar oleh Ibnu Abidin, 2:121;
Kumpulan Rasa'il Ibnu Abidin, 1:253; Tafsir Al-Qurthubi, 2:296; Fathul
Bari, 4:877; Al-Majmu', 6:300; Bidayatul Mujtahid, 1:278; Al-Qawaninul
Fiqhiyyah, 116.
[28]Satu farsakh (5.544 batu) = 5.544 x 24 = 133.056 km. Lihat daftar ukuran
jarak. Seperti diketahui, jarak diperbolehkan qasar solat bagi sesorang ialah
89 km.
[29]Diriwayatkan oleh
Al-Jama’ah selain Bukhari dan Ibnu Majah. (Lihat Nailul Authar, 4:189
dan seterusnya).
No comments:
Post a Comment