Friday, January 29, 2016

10 Langkah Meningkatkan Esteem Diri


Apa itu DOS ?

Mencari realiti dalam kehidupan yang berpaksikan kepada keimanan, ketakwaan dan keihsanan menjadi tunjang dalam mengenali diri. Tujuh langkah kesedaran bagi mencapai realiti dalam kehidupan. Dimulakan dengan mendapat hidayah dalam menentu arah kehidupan, ibadah untuk tujuan hidup, syariat menuju jalan hidup, solat menjadi bekalan hidup, zikrullah bantuan pendorong hidup, dosa menjadi penghalang hidup dan persediaan mati pengahkhiran kehidupan.

Oleh itu persiapan Diri (D) dalam hubungan dengan Allah swt, hablumminallah dan hubungan dengan manusia dan persekitaran, hablumminasnas menjadi perkara pokok dalam merungkai permasalah dalam kehidupan. Dengan mengisi lengkap tujuh kesedaran, segala urusan dan permasalahan dapat diatasi.

Apabila Diri dipersiapkan dalam menghadapi cabaran kehidupan, siapa sahaja yang dihadapi dalam Organisasi (O) tidak lagi menjadi masalah dan penghalang besar. Manusia yang dihadapi, diikuti proses yang difikirkan sesuai dan ditempohi dalam karenah kehidupan akan menuju matlamat yang dihajati. Sistem (S) pula pemangkin kepada realisasi kepada kejayaan  yang ingin dicapai ........... bersambung

SENARAI BLOG MOTIVASI