Tuesday, September 18, 2012

Dunia Kaunseling

Intervensi aspek spiritual dalam kaunseling

Tujuan umum intervensi spiritual dalam kaunseling adalah untuk meningkatkan proses penyesuaian dan pertumbuhan spiritual klien. Ini adalah kerana klien yang  sihat spiritualnya akan dapat berfungsi secara efektif dalam masyarakat. Kategori intervensi tersebut telah dibahagikan kepada empat oleh Richard dan Bergin (2002) yang merangkumi aspek kognitif, afektif, tingkah laku, dan interpersonal.
a) Intervensi kognitif
Aspek intervensi kognitif adalah untuk membantu klien  menukar kepercayaan dan pemahaman spiritual mereka. Klien yang cenderung menggunakan pemikiran yang logik dan rasional di dalam penyelesaian masalah serta banyak menggunakan idea dan teori adalah mereka yang sesuai untuk melaksanakan intervensi ini. Antara contoh intervensi  ini termasuklah perbincangan  konsep spiritual, parafrasa dan pengkajian maksud spiritual didalam bahan bacaan.
b) Intervensi afektif
Intervensi spiritual dalam aspek afektif adalah bertujuan untuk menolong klien mengubah aspek spiritual, perasaan dan emosi mereka. Klien yang  mempunyai emosi yang sensitif dan ekspresif iaitu mereka yang banyak menggunakan aspek emosi, akan lebih cenderung untuk menggunakan intervensi ini. Antara contoh  intervensi afektif adalah merangkumi sembahyang, bayangan spiritual “ spiritual imagery” seperti membayangkan tuhan melihat pergerakan mereka, menulis jurnal spiritual, meditasi dan sebagainya
c) Intervensi tingkah laku
Intervensi spiritual dalam aspek tingkah laku dirangka bertujuan untuk menolong klien mengubah amalan dan gaya hidup spiritual mereka. Klien yang mempunyai matlamat yang kuat dan sentiasa aktif dalam melakukan sesuatu perkara merupakan mereka yang sesuai untuk mengaplikasikan aspek ini. Aspek tersebut termasuklah menggalakkan klien untuk  menyertai amalan berunsurkan agama seperti menghadiri majlis agama, menjadi rakan masjid bagi golongan muslim dan sebagainya.
d) Intervensi interpersonal
Intervensi yang terakhir iaitu intervensi spiritual interpersonal dapat membantu klien untuk  berfungsi dengan lebih baik dalam masyarakat. Klien yang mempunyai kemahiran sosial yang baik dan terbuka kepada hubungan dengan masyarakat akan lebih mudah menerima intervensi ini. Antara contoh aspek ini termasuk menggalakkan klien untuk menyertai komuniti agama, menyertai aktiviti kemasyakatan dan seumpamanya.
Aspek-aspek intervensi spiritual ini merupakan antara alternatif yang boleh dilaksanakan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien. Apa yang penting adalah mengenalpasti serta meneroka kesediaan dan kecenderungan  klien untuk melibatkan diri didalam intervensi ini.
Richard dan Bergin (2002) juga memberikan beberapa cadangan dan ingatan kepada kaunselor dalam mengaplikasikan intervensi spiritual terhadap klien. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:
·        Kaunselor  hendaklah memberitahu klien menerusi prosedur pemberitahuan termaklum berkaitan pendekatan aspek intervensi spiritual.
·        Kaunselor hendaklah menilai latar belakang agama dan spiritual klien sebelum melaksanakan sebarang intervensi spiritual.
·        Kaunselor hendaklah dapat meningkatkan kepercayaan dan hubungan dengan klien sebelum melaksanakan intervensi.
·        Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam memastikan kesesuaian perlaksanaan sesuatu intervensi.
·        Kaunselor hendaklah menerangkan dengan jelas intervensi yang hendak dilaksanakan dan meminta persetujuan klien sebelum melaksanakannya.
·        Kaunselor hendaklah menghormati aspek agama dan spiritual dengan sebaik-baiknya.
·        Kaunselor hendaklah melaksanakan intervensi tersebut dalam ruang lingkup nilai klien dan menjauhi daripada  menerapkan nilai mereka ke atas klien walaupun mereka boleh mencabar nilai klien serta menolong klien untuk menilai samada kepercayaan mereka rasional ataupun tidak.
·        Kaunselor tidak boleh  rigid dalam mengaplikasikan intervensi sebaliknya perlu fleksibel dalam melaksanakannya bersesuaian dengan keadaan klien.
·        Kaunselor yang percaya kepada tuhan dan dan aspek spiritual hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam aspek tersebut.

saringan minda sihat


APAKAH KESIHATAN MENTAL BUKAN PENYAKIT MENTAL ?
  
PENGENALAN
 Kesihatan  mental bukan  penyakit mental
  
DEFINASI

n  Satu keadaan di mana seseorang itu tiada penyakit atau gangguan mental
n   Dapat hidup dengan amalan-amalan hidup yang murni,
n  Dapat menghadapi cabaran hidup dengan penuh tanggungjawab
n  Menyumbang kepada masyarakat
n  Sentiasa bertindak untuk mengurangkan tahap stress
  
Mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik merasa selesa dengan diri sendiri, merasa selesa dengan orang lain dan boleh memenuhi cabaran hidup seharian

Selesa dengan diri

n  Kita setiap orang adalah  individu yang unik. Tiada dua orang yang sama. Harus  kita bangga bahawa kita adalah hanya seorang dalam dunia.
n  Rupa paras, warna kulit, ketinggian dan bentuk anggota adalah khas pada kita- harus berpuas hati dengan apa yang ada.
n  Kita boleh berusaha untuk memperbaiki atau mempertingkatkan imej dan status kesihatan kita
n  Menghormati diri sendiri
n  Bersikap realistik
n  Bertolak ansur
n  Boleh menerima kekecewaan
n  Tidak terlalu emosional
n  Boleh menangani pelbagai situasi dengan baik
n  Mendapat kepuasan dalam semua hal berkaitan dengan kehidupan seharian
    
Boleh Menerima Cabaran dalam Kehidupan
  
n  Menggunakan kebolehan yang ada
n  Merancang masa depan dengan penuh yakin
n  Menerima pengalaman dan idea-idea baru
n  Menetapkan matlamat diri yang realistik
n  Menerima tanggungjawab yang diberikan
n  Menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat pengubahsuaian sekiranya perlu
n  Mampu membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab atas tindakannya
n  Berpuashati setelah melakukan yang terbaik

Mengapa Kesihatan Mental Penting

n  Menggalakkan identiti diri yang stabil
n  Mengenal diri
n  Menggalakkan harga diri yang positif/ tinggi
n  Menggalakkan perkembangan diri yang berterusan- pengurusan diri dan masa yang baik
n  Menggalakkan perubahan yang positif –kemajuan dan pencapaian tinggi
n  Menggalakkan kemampuan daya tindak-proaktif dan bertanggungjawab
n  Pengendalian tekanan mental(stress)
n  Mengujudkan sokongan sosial
 
Jenis-Jenis penyakit mental

n  Dibahagikan kepada 2 kumpulan;
1-Penyakit-Penyakit Psikosis
2- Penyakit-Penyakit Bukan Psikosis (Neurosis)

Penyakit Psikosis

n  Seseorang yang menghidap penyakit ini:-kehilangan hubungan dengan alam nyata.
Ø  akan merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal
Ø  apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya.
Ø  pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya kelihatan “luar biasa”

n  Dibahagikan kepada
            1)      Psikosis Functional;

                a) Schizophrenia
Penyakit mental yang serius dimana    terdapat gangguan dalam pemikiran, emosi,                                persepsi dan tingkahlaku.
           Ia boleh membawa kepada kehilangan upaya dan mengganggu kehidupan harian
           seseorang serta  menyebabkan  kemerosotan  personaliti.
              Tanda Gejala
      n   Akut
n   Rupa dan Kelakuan;
-kotor
-diam
-memencilkan diri
-bercakap seorang
-senyum seorang
-berkelakuan ganjil
-marah tanpa sebab
n  Percakapan:
            -enggan bercakap
             -tidak jelas
             -mengelirukan
             -pelik
n  Gangguan Emosi
n  Halusinasi
n  Delusi
n  Gangguan Kefungsian
n  Kronik-
n  Kebersihan diri tidak terurus
n  Mengasingkan diri
n  Pendiam
n  Tidak bermaya
n  Kefungsian kerja terjejas


               b) Psikosis Manik-Depresif
           
n  Seseorang mengalami gangguan dalam emosi;
-manik;     kegembiraan yang berlebihan
-depresif; kesedihan yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan bunuh diri 

       Tanda dan Gejala  Manik

n  Ciri-ciri utama;
-terlalu gembira
-aktiviti berlebihan
-banyak idea kebesaran terhadap diri
n  Rupa & Kelakuan
-pakaiaan berwarna-warni / menjolok mata
-hiasan diri keterlaluan
-suka memimpin orang
-selera makan kuat
-boros belanja
-nafsu sex tinggi
n  Mood;
-terlalu gembira
-optimistik
-suka ketawa
-boleh marah
n  Percakapan;
-cakap berterusan
-idea datang melompat-lompat
n  Banyak Tenaga;
-sentiasa aktif
-tidak ada masa berehat
n  Tidur;
-masa tidur singkat
-banguan terlalu awal untuk mulakan aktiviti
n  Delusi;
-kebesaran (grandeur)
n  Halusinasi;
-pujian

      Tanda  dan Gejala depresif

n   Rupa & Kelakuan;
-suka berseorang diri
-tidak bermaya
-kebersihan diri tidak terurus
-selera makan kurang
-badan tersusut
-gangguan tidur
-tangisan
-nafsu sek kurang

n  Mood;
-rasa derita
-tangisan
-kecewa dalam hidup
-ingin bunuh diri
n  Pemikiran Pessimistik;
-tiada masa depan 
n  Delusi;
-menyalahkan diri
Halusinasi;
-memarahi
-arahkan bunuh diri

             2) Psikosis Organik;
                a) Delirium

                b) Dementia (Nyanyuk)
                       
n  Biasa berlaku dalam usia tua
n  Gangguan dari segi intelektual
n  Ingatan & Orientasi terjejas

      Tanda dan Gejala dementia
  
n  Fungsi intelektual terjejas
n  Ingatan terjejas
n  Orientasi terjejas
n  Kebersihan diri terjejas
n  Perubahan dalam tingkahlaku

Penyakit-Penyakit Bukan Psikosis (Neurosis)

n  Seseorang biasa pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan.
n  Apabila perasaan biasa ini berlaku secara berlebihan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit neurosis.

n  Di antara penyakit-penyakit ini;
 1
) Anxiety / Bimbang
2) Obsessif Kompulsif / Was-was
2)      Phobia



SENARAI BLOG MOTIVASI